Sunday, December 29, 2013

Selamat Hari Lahir Adikku ^_^

Assalamualaikum u'olls..

Kali ni Alynn ingin mengupdate tentang seseorang yang sedang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini. Pada hari ini, tanggal 29, bulan 12, tahun 2013, genaplah umur adik Alynn, Nurhasya Rushida Bt Idris yang ke 12.

ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan Nurhasya Rushida,
ALLAH selamatkan kamu.

Wah wah wah..

Dah besar panjang dah adik Ayong sorang ni. Nasib kaulah Hasya. Lahir hujung bulan dan hujung tahun pulak tu. Selang 2 hari lagi, dah nak masuk tahun 2014. Sedangkan umur Hasya baru saja mencecah 12 tahun tapi dah nak memulakan sesi persekolahan tahun 2014 dalam tingkatan 1. Kalau ikut tahun, dah 13 tahun lah umur Hasya tahun depan, tapi kalau ikut bulan tak cukup lagi. Ok. Sangat kesian. Eh tak baik, macam menyalahkan takdir pulak. Apepon Hasya patut bersyukur sebab dapat juga dilahirkan di dunia ini. Tengs to Mak. Muahh.

Nampaknya adik Ayong yang sorang ni, dikira remajalah eik, tahun depan. Sungguhlah tidak percaya hakikat yg hakiki yang Hasya sudah menjadi remaja. Huhuhu..perangai still ala2 spesis kanak-kanak Ribena.


Supp.. riseee !! ^_^









Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Adikku ini, murahkanlah rezekinya Ya Allah, Kau berkatilah dan rahmatilah kehidupannya, kau permudahkanlah segala urusannya, jadikanlah dia sebagai seorang hambaMu yang tidak lupa untuk menunaikan perintahMu, seorang anak yang taat pada Ibu bapa dan seorang hambaMu yang cemerlang di dunia dan diakhirat...Aminnn...


Tumpang potong kek kejap eh Hasya. 




Okay mesti pembaca blog Alynn ni tertanya-tanya dimanakah tempat yg Alynn celebrate bufday Hasya ni. Ohh ni kat Restoran Sri Tempua a.k.a Restoran Sarang Burung. Di jemput datang ye. Pandai makan, pandai bayarlah ye. Takde istilah FR double E disini. Haha. Disini lah tempat mak abah mencari rezki. Yang pakai Apron tu lah my lovely Mummy. 

Kami celebrate bufday Hasya tepat pukul 12 mlm smlm. Mujurlah masa pukul 12 tu pelanggan takde. Sebab masa pukul 12 tu satu restoran bergelap. Yerla nak suprisekan Hasya. Kalau ade pelanggan sah-sah kena marah. Orang nak makan, kita pegi tutup lampu. Mana tak hangin kan?? Cuma cahaya dari lilin yang dicucuk kt kek sahaja. Masa pukul 12 tu Hasya and the gang tengah main baling selipar. Jadi, Alynn selaku kakak sulung bawa kek dari dapur sampai ke tempat dorang main. Malangnya, Hasya macam tak terkejut.. Buat derk je. Hasya oh hasya.. dirimu memang sentiasa cool. 


Antara orang yang meraikan bufday Hasya semalam ialah :


Mak Su & Pak Su



Alif Ba Ta. 



Along Ammar



Tak lupa juga, Ayong & Angah dan ramai lagi.. tak sempat la nak amik pic sorang-sorang.
Semuanya menjadi kelam kabut.



Lepas celebrate bufday Hasya, mak terus menjakankan tugasya.. Apelagi amik order lah.


Budak Emokk ^_^



Ni hah pic dorang main baling selipar. Meh tengok! 







Selama ni bukan main susah lagi nak amik gambar dia, entah kenapa
semalam gila glamor pulak budak sorang ni. 

Okla, Alynn dah ketandusan idea untuk berceloteh..Btw, Nurhasya Rushida “I wish you happy birthday and all the best” Make us proud! Sweet 12. Xoxo

Sekian untuk entry hari ini. Love u all! TT__TT


Senyum seindah suria

Wednesday, December 25, 2013

Pergi Kenduri Kahwin Emelyn Ehh Errr.. Kakak Emelyn!

Assalammualaikum. 

Sedar tak sedar, cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya. Alynn pun sebenarnya tidak berapa nak perasan sangat yang hari persekolahan dah dekat. Tak puas lagi bercuti. Debaran didada semakin laju bila nak masuk thn 2014 ni. Takut. Tensen. Tidakkkk!! Argh dem. Mesti sahabat Alynn tahu kan sebab apa. Kalau tak tau, sila buat tak tahu. Hurm bila musim cuti sekolah ni, ramai yang rebut peluang nak buat kenduri kahwin. Sepanjang cuti sekolah ni banyak jugalah Alynn pergi kenduri kahwin. Masa kat kampung, lebih kurang 2 majlis Alynn attend. Dah ade org sudi nak bawa, Alynn mengekor je lah. Hehe. Bak kata orang tua-tua.. kalau orang jemput pergi  majlis kahwin kena datang, if tak datang nanti majlis kita takde siapa nak datang.*amboi Alynn kemain gatal eh kau. :-)


Haritu masa 22.12.2013, berlangsunglah Reception kakak Emelyn iaitu kak Zarith & pasangannya Zarul. Beberapa hari sebelum tu lagi si Mel  dah call Alynn untuk suruh Alynn tolong bagi doorgift kat tetamu yang hadir. Masa Mel call Alynn masih kat kampung. Mula-mula teragak-agak juga nak terima permintaan Mel sbb Alynn tak sure lagi balik Selayang bila. Bila dah ambil tiket bas, baru Alynn confirmkan balik dgn dia yang Alynn boleh datang ke wedding tu. Tapi memang haruslah Alynn hadirkan diri ke wedding tu, sebabnya nak lepaskan rindu pada kawan-kawan. Rindu ooohh. Sejak cuti sekolah ni tak pernah lagi kitaorg jumpa. Jadi bila dah pergi majlis cenggini ade jugalah peluang nak jumpa kawan-kawan sebelum hari persekolahan tiba. Tak lama dah. Dalam seminggu je lagi. T                       T

Alynn pergi rumah Mel dlm pukul 11.30 tghari. Pergi dengan Nadia & Sayyidah. Jalan kaki dari bus stop Selayang Mall. Rumah Mel depan SM tu aje. Dekat bebenor. Cuma ade satu halangan dan rintangan yang Alynn takut bila lalu kt kwsn perumahan rumah Mel ni, ape mende lagi Anjing lahh. Binatang sekor ni, duk dalam rumah tp dia punya menyalak tu mcm duk kat belakang kitaorg. Buat kami gerun je. Terkezutt plus takutt tau!


Tema wedding ni yellow & navy blue. Cantik sangat. Jarang jumpa tema mcm ni. Selalunya wedding yang Alynn pergi tema pepel, merah, pink, ataupun yg soft colour. Hah yg paling penting makanan sodapp.. Mabeles! Haishh makin meriah lah kilang lemak Alynn nih... Dikala perut sudah kelaparan dan berkeriut minta diisi, apa yang hanya mampu dibuat adalah makanan terus ke mulut. Jadi gambar makanan tidak sempat diambil. Habis baru teringat lupa amik gambar. Haha. Yerla sibuk duk bg doorgift kat tetamu  lagi. Makan ni pun kami bertiga gilir-gilir. Takut pula bila tiga-tiga org makan sape yang nak bagi doorgift kat tetamu. 












Cuaca hari tu pun sangat baik. Tak panas sangat. 










Kak Zarith dan suami memang sangat sepadan bagai pinang di belah dua gitu.


Pelamin dorang cantik sangat. Takde sarat-sarat. Sweet dan simple kan. Double like.


Persis Mia Sara Nasuha. Macam cantik je, macam comel je.   


Yang lain-lain ni gamba kitorang je lebih yela tak dapat nak tangkap gamba pengantin banyak sebab kitorang dok sibuk bagi doorgift. 



Cerianya mereka berdua. Kiri-Nadia, Kanan- Sayyidah.


Sahabatku Shayang..Mira, Sayyidah, Farah, Atiyah.

Atiyah & Emelyn. Senyuman yang manis dan ayu.






♥ Doorgift 







Kami bertiga lah yang tolong bagi doorgift kat tetamu. Merah kau Alynn. Kelass..
Sepatutnya 5 orang, tp 2 org lagi tak dapat dtg saat2 akhir.. dan dorang tu kena pakai baju merah. Makanya Alynn sorang lah yang pakai bju warna merah..hurmm






Alynn & Emelyn



Sesi posing2 depan pelamin pengantin. Haha.






Bergambar dengan pengantin perempuan. 




Tengok keterujaan kitorang yang tak terhingga dan tak boleh disangkal lagi. Last-last pelamin tu kami buat macam pelamin sendiri. Banyak kali naik pelamin bergambar dengan pengantin. Sabar je lahh.. 


Peace yaww. :-)

Okay sampai sini dulu entry kali ni. Jumpa lagi dilain entry ye cyunk2 semua. Baibai. Assalammualaikum.  






Senyum seindah suria

Thursday, December 19, 2013

Seronoknya mandi sungai!

Assalammualaikum.

Hai lalink-lalink Alynn semua!

Entry kali ni sambungan untuk entry yang Indahnya Kampungku (click) hari tue. Hari ni Alynn masih ade kat kampung lagi. Esok, Jumaat pukul 11 pagi dah nak balik Selayang. Hmm sedihnya nak tinggal kampung. Tahun depan SPM rasanya bila ada cuti mesti cikgu akan buat kelas tambahan. Huwaaaaa..Kali ni balik selama 22 hari. Agak lama jugak lah. Tiket dah beli, nak tak nak kena balik juga. Berat sungguh hati ini nak meninggalkan kampung tercinta. Bila lagi lah dapat balik kampung? Pagi semalam masa tengah lipat kain, Opah tanya, "Jadi ke hari Jumaat ni Ayong balik Selayang". Susah nak jawab. Memang Ayong tak nak balik tapi apakan daya Ayong terikat dengan pelbagai tugasan yang belum diselaikan di Selayang. Mengikut perancangan awal, 15.12 ari tue dah kena balik ambil buku teks Form 5. Disebabkan tak puas lagi cuti kat kampung, tambah lagi 5 hari. Puan Emak yang ambil buku teks kat sekolah. Huhu. Terima kasih Mak! Mak cakap, mak sorang je dikalangan ibu bapa yang ambil buku teks. Ada juga parents yang lain, tp dorang just temankan anak. Mak memang tiada galang gantinya. Lebiu Mak. Muahhh. 

Btw , just a simple diary. Hari tu Alynn pergi sungai Lata Sempeneh. Sungai kat kampung Alynn. Dekat sangat dengan rumah Opah. Pergi sungai buat apa? Pastilah mandi! Yayyy! Seronoknya! Mandi sungai adalah aktiviti WAJIB kalau balik kampung. Kira tak sah lah kalau balik kampung tak pegi sungai. Hehe. Alynn pergi naik motor je. 4 buah motor. Walaupun dah selalu sangat pergi sungai, tapi jakun tu tetap ada. Jadi sampai je semua terus masuk dalam air. Maka tak dek sape yang nak amik gambar. Jadi Alynn ngan Kak Na (kakak sedara), gilir-gilir tolong tangkap gambar.  Meh tengok gambar yang sempat di'capture' oleh lensa kamera.  


Tengah warm-up dulu. Survey tempat best, sambil usik air sikit-sikit.
Kak Ain selaku ketua Organizer tengah pikir yang mne syokk! 



This is us ... Cucu kepada Datuk kami, Zakaria Husin dan Opah kami, Zaiton Wahab. 
Ikatan persaudaraan kami sangat kuat.

Kegembiraan kanak-kanak air ungu. Ape ek air ungu tu? Pikir sendiri. Haha!

Gelagat kami.

















Angah. Control ayu.



Okayh.. kami nak balik dah! Sempat lagi posing kat motor. Sebuah motor lagi tak dek dalam pic ni. Entah dimana letaknya lagi satu motor tu. Akhir kata, I'm happy AND TOTALLY HAPPY !! Bye!!



Senyum seindah suria

 

Designed By Izza sakura