Wednesday, December 10, 2014

Blog AR terpilih dalam bloglist BUBBLYNOTES.COM ^_^

Assalammualaikum
Hye readers..

Ingat tak semalam Alynn ade post entry pasal pertama kali Alynn join segmen...If uolls tak tau boleh klik SINI kay :D Tengah hari tadi lawat blog Kak Farah ni tetiba Alynn dapat satu kejutan. 10 blog sudah dipilih. Dannnn Alynn salah seorang yang tersenarai untuk bloglist blog kak Farah tu. Tahniah.. tahniah.. tahniah untuk diri sendiri!!! *jakun giler kan? orang 1st time join segmen ginilah jadinya* ekeke


Wokeh..saje screenshot nak abadikan dalam blog Alynn.. hehe 




Tengok tu tengok tu komen AR...  hik3


Byeee...



Senyum seindah suria

Wordless Wednesday #1 : Rindu Itu Kurniaan Dari Allah


Assalammualaikum

Awak kat mane, awak awak kat mane? I miss you :'(

"Kalau rindukan seseorang, baca A-Fatihah sambil tangan di dada. Dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya" ~Ustaz Don~


 Doa Nabi Yusuf dikala merindui Zulaikha 

 " Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada .....(nama penuh orang yang kita rindu ) sehingga menjadi kerinduannya... Aminnn "




Senyum seindah suria

Tuesday, December 9, 2014

Segmen : Nak join bloglist Misya 2015!


Assalammualaikum
Hye..

Kita bersegmen lagi ye. Haa ?? Segmen lagi ? haha :D Jom semua kita join segmen ni. Nak join klik kat banner kakak comeyy kat bawah ye! 




Wish me luck ya! ^_^




Senyum seindah suria

SAYA NAK JOIN BLOGLIST BELOG ROSSMERAHJINGGA 2014


Assalammualaikum
Hye semuaaaa...


Klik banner untuk join ^_^

Nama blog : 
The Story Of Alynn Rosella 

Bulan kelahiran : 
Mei (5)


# TARIKH TUTUP PENYERTAAN - 21hb.DISEMBER.2014 @ Jam 12.00malam.






Senyum seindah suria

[Giveaway] Hello from Canada

Assalammualaikum...
Hye uolls

Kali ni Alynn join Giveaway kat blog ni http://herlifemanual007.blogspot.com/Jom kita sama-sama support dan join Giveaway ni. 

http://herlifemanual007.blogspot.com/2014/12/giveaway-hello-from-canada.html
[Giveaway] Hello from Canada
Klik gambar untuk join ^_^


Apakah URL blog Doodles of Life?
http://herlifemanual007.blogspot.com/


Hadiah manarik : 10 Canada Fridge Magnet
Wowwwwwww!!!


Tarikh Tamat GA : 21 Disember 2014







Senyum seindah suria

Pertama kali AR join contest aka giveaway !


Assalammualaikum
Hye readers...

Perasan tak..perasan tak yang AR sekarang aktif update blog? Nak habaq kat hampa semua nih.. AR sekarang sedaya upaya berusaha nak jadi blogger tegar. hehe Baiklah, buat kali pertamanya tadi AR join MINI SEGMEN BUBBLYNOTES.COM. Hari ni tetiba dapat seruan nak blogwalking dan terjumpalah contest ni. Pada mulanya tadi AR macam blurr*eh bukan macam dah memang blurr* jugak ape tuh giveaway. Ketinggalan AR ni kan? Yerla AR masih blogger yang baru setahun jagung. Esok 10.12.14 genaplah usia blog AR setahun. Kalau baby ni kiranya baru nak pandai merangkak kot.. eh yeke? Yerla kot haha Sebelum ni AR hanya tahu taip entry then publish je.. yang lain-lain tu memang AR tak tau. Tapi dengan bantuan abang Google baru AR faham apa itu giveaway. AR pun mencuba nasib! Cheewaahh! Kecoh kan. Harus lah kecoh, 1st time kot. Eksaited! Ada rezeki alhamdulillah, takde rezeki, AR cuba lagi. Doakan AR ye lalink semua ^_^
Klik gambar untuk join :)




AR tunjuk eh bukti AR join contest ni.. tengok no 26 tu? tengoklah.. nampak tak url blog sape tu?blog AR kan? ok tu je nak tunjuk...haha

Okay bye...







Senyum seindah suria

Monday, December 8, 2014

Hope !


Assalammualaikum.
Hye kesayangan AR semuaaaaaaa....



Even one word, tp deep! kan kan? 
Hope today will be better than yesterday ^_^
Ku sandarkan harapanku padaMu Ya Ilahi... 
 Harapan tetap ade selagi esok masih ada.  

“Hanya pada Allah saja kiranya aku tenang, sebab dari padaNyalah harapanku. Hanya Dialah gunung batuku dan keselamatanku, kota bentengku, aku tidak akan goyah. Pada Allah ada keselamatanku dan kemuliaanku, gunung batu kekuatanku, tempat perlindungan ialah Allah. Percayalah kepada-Nya setiap waktu, hai umat, curahkanlah isi hatimu di hadapan-Nya; Allah ialah tempat perlindungan kita”.
Ameenn............



Senyum seindah suria

Nota Cinta AR #2



"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup tak selalu bahagia...
Hadiahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan...
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka...
Berhentilah memberi alasan jika ingin mencari kebenaran...
Hiduplah dalam IMAN walau hari dipenuhi godaan...
Berpeganglah kepada ALLAH walau DIA tak kelihatan...
Yakinlah, TUHAN kan menguji hambaNYA yang mengaku beriman..." 
(Pujangga)




Senyum seindah suria

Saturday, December 6, 2014

Tentang S A H A B A T !

Assalammualaikum. 

Hye si cantik.. hye si kacak.. *sambil melambai tangan menayang gigi besi heee Hari ni Alynn nak bercerita pasal sahabat. Alynn pasti korang semua mesti ada sahabat masing-masing kan? Tipulah kalau kata tak ada walaupun seorang. Kalau tak ada sahabat juga tu hmm it must be something goes wrong somewhere la tu. Cek balik apa yang silap.. Bagi Alynn erti sahabat itu luas sebenarnya.. yang pasti sahabat mesti ada ketika kita senang, susah, pahit, getir, bahagia dan derita. Sahabat juga pelengkap hidup serta sentiasa menyokong dan memberi semangat pada kita. Sebelum tu.. jom nyanyi.. hehe

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia...
Oh Oh....

Nak share dengan korang semua ...30 tanda si dia sahabat kamu selamanya. Alynn copy paste dari Remaja Karangkraf 

Jom tengokk...

1) Bila kamu bersamanya kamu boleh rasa satu getaran yang mengatakan kamu memang selamat bila bersama si dia tanpa ragu.

2) Si dia sentiasa mengingatkan kamu bertapa kuatnya diri kamu mengharungi liku-liku kehidupan. 

3) Bak kata orang “They’re the people who will hold you tight and lift you when you feel like breaking down”.

4) Bila kamu berangan atau sedang merancang perkahwinan dialah orang yang kamu harapkan untuk menjadi pengapit kamu.

5) Tidak kekok tidur di katil yang sama.

6) Secara spontan kamu boleh peluk dirinya sambil meluahkan bertapa sayangnya kamu pada dirinya.

7) Dia tahu semua kata laluan kamu.

8) Musuh ketatnya adalah bekas kekasih kamu.

9) Kamu menangis bila si dia berjaya melakukan sesuatu.

10) Kamu sentiasa hadiahkan si dia sesuatu sewaktu hari jadinya, bukannya berikan sekeping kad sahaja.

11) Kamu tahu apa yang ada di dalam dan di luar almari pakaiannya.

12) Bila kamu terlalu sibuk, si dia faham dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya.

13) Sahabat kamu itu sentiasa tekan butang like, retweet, dan favorite serta meninggalkan komen di setiap status yang di muat naik oleh kamu.

14) Lebih suka duduk di café dan berborak berbanding keluar jalan-jalan.

15) Jika kamu menerima pesanan ringkas dengan selambanya kamu menunjukan message itu padanya serta meminta pandangannya.

16) Kamu sering menghantar ‘screen capture’ padanya sambil memberi pandangan atau komen mengenai gambar tersebut.

17) Kamu berdua sering bercerita tentang kesihatan dan penjagaan diri.

18) Salah seorang daripada kamu bersifat keibuan dan seorang lagi bersifat keanakan.

19) Keluarga kamu semua terlupa yang sebenarnya kamu dan sahabat kamu itu sebenarnya tidak mempunyai ikatan persaudaraan.

20) Kamu benci orang yang sama.

21) Bila bercakap pasal orang lain, ada sahaja ‘gelaran pelik’ yang hanya kamu berdua sahaja faham untuk menggelarkan mereka.

22) Kamu berdua ada perasaan cemburu bila ada orang lain mula rapat dengan salah seorang daripada kamu.

23) Di Facebook, kebanyakan ‘friend’ yang kamu ada adalah salah seorang ahli keluarganya.

24) Kemungkinan besar kamu berdua ada ‘friendly hand shake’ yang akan kamu lakukan bila berjumpa atau ucapkan selamat tinggal.

25) Tiada rahsia antara kamu berdua.

26) Kamu akan mudah terluka bila ada orang cuba menghancurkan hatinya.

27) Sering selfie bersama dan berposing dengan gaya-gaya yang pelik dan nakal.

28) Kamu tahu bila masa yang sesuai untuk dekatinya atau memberi ruang untuk si dia bersendirian.

29) Kamu berdua perlu bertemu atau berborak walau hanya 10 saat pun jadilah!

30) Bila orang semua mula menegur mana kawan kamu yang lagi seorang.

So sweet kan... macam fairy tales.. Tanda-tanda yang sahabat Alynn ade lebih kurang 25 daripada 30 tu.. korang punya sahabat cam mne ade tak  tanda-tanda tu? Cek okay nanti komen tauu kat bawah. Sekarang nak share pulak pasal 
resepi sebuah persahabatan yang indah ^_^

1 cawan budi bahasa
1/2 cawan kesabaran
1 cawan kemaafan
1 cawan dorongan
2 sude teh tidak mementingkan diri

Gaulkan dengan secubit pujian , tambah sedikit lawak jenaka, perasakan dengan kebaikan dan kasih sayang. Selamat mencuba! Try tauu resepi ni.. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya.. 

Sebelum berhenti menaip, Alynn nak pesan kat Sahabat-sahabat Alynn.. 
Jika lihat Alynn jatuh, tariklah Alynn kembali.. Agar kita sama-sama dapat mengejar syurga Firdausi. Alynn sayang sahabat-sahabat Alynn kerana Allah. Panjang kan entry kali ni.. taip entry sambil tengok cerekarama..Sedalam Mana Cinta.. layan sebab ade Pok Jue aka Izzue Islam.. teehee Sampai sini dulu ye.. sudah larut malam ni.. jumpa esok kay. Goodnight readers... 

Sahabat itu umpama pelangi yang menyinar di pagi hari... 



Senyum seindah suria

Friday, December 5, 2014

Nota Cinta AR #1



Bila Allah cepat makbulkan doamu,
Maka DIA menyayangimu,
Bila dia lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun…
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.




Senyum seindah suria

Thursday, December 4, 2014

Masih bernyawa


Hai Assalammualaikum!

Bagi peluang Alynn nak jerit kejap.. kejap je! Satu dua tiga..... Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!
Okay dah puas haha

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk keletak keletuk jari Alynn yang tak berapa nak runcing sangat ni kat keyboard laptop kesayangan untuk taip entry. Syukur Ya Allah. Betapa Alynn sangat rindu nak update blog tapi I am kind a busy with my aspiyemmm (SPM).  Syukur SPM dah pun habis hanya menanti result saje. Result? Okay tu ketepi dulu. Hehe

Ehsan google ^_^

 Banyak cerita yang Alynn nak abadikan dalam blog ni. Hari ni kita intro dulu ye almaklumlah lah lama tak menaip jari pun keras macam ketul ais. Susah bebeno nak menaip.  Oh lupa..Alynn hanya mampu nak ucap berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian korang mengunjungi blog Alynn yang tah ape-ape ni. Terima kasih daun keladi, walaupun Alynn tak update jemputlah datang lagi.  Eceh macam lah ramai sangat readers kau Alynn haha.

Okay sampai sini dulu ye. In Sha Allah esok kita jumpa balik yo. Tata.

Salam sayang Alynn Rosella


Senyum seindah suria

 

Designed By Izza sakura