Saturday, December 6, 2014

Tentang S A H A B A T !

Assalammualaikum. 

Hye si cantik.. hye si kacak.. *sambil melambai tangan menayang gigi besi heee Hari ni Alynn nak bercerita pasal sahabat. Alynn pasti korang semua mesti ada sahabat masing-masing kan? Tipulah kalau kata tak ada walaupun seorang. Kalau tak ada sahabat juga tu hmm it must be something goes wrong somewhere la tu. Cek balik apa yang silap.. Bagi Alynn erti sahabat itu luas sebenarnya.. yang pasti sahabat mesti ada ketika kita senang, susah, pahit, getir, bahagia dan derita. Sahabat juga pelengkap hidup serta sentiasa menyokong dan memberi semangat pada kita. Sebelum tu.. jom nyanyi.. hehe

Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia...
Oh Oh....

Nak share dengan korang semua ...30 tanda si dia sahabat kamu selamanya. Alynn copy paste dari Remaja Karangkraf 

Jom tengokk...

1) Bila kamu bersamanya kamu boleh rasa satu getaran yang mengatakan kamu memang selamat bila bersama si dia tanpa ragu.

2) Si dia sentiasa mengingatkan kamu bertapa kuatnya diri kamu mengharungi liku-liku kehidupan. 

3) Bak kata orang “They’re the people who will hold you tight and lift you when you feel like breaking down”.

4) Bila kamu berangan atau sedang merancang perkahwinan dialah orang yang kamu harapkan untuk menjadi pengapit kamu.

5) Tidak kekok tidur di katil yang sama.

6) Secara spontan kamu boleh peluk dirinya sambil meluahkan bertapa sayangnya kamu pada dirinya.

7) Dia tahu semua kata laluan kamu.

8) Musuh ketatnya adalah bekas kekasih kamu.

9) Kamu menangis bila si dia berjaya melakukan sesuatu.

10) Kamu sentiasa hadiahkan si dia sesuatu sewaktu hari jadinya, bukannya berikan sekeping kad sahaja.

11) Kamu tahu apa yang ada di dalam dan di luar almari pakaiannya.

12) Bila kamu terlalu sibuk, si dia faham dan tidak pernah sesekali mempertikaikannya.

13) Sahabat kamu itu sentiasa tekan butang like, retweet, dan favorite serta meninggalkan komen di setiap status yang di muat naik oleh kamu.

14) Lebih suka duduk di café dan berborak berbanding keluar jalan-jalan.

15) Jika kamu menerima pesanan ringkas dengan selambanya kamu menunjukan message itu padanya serta meminta pandangannya.

16) Kamu sering menghantar ‘screen capture’ padanya sambil memberi pandangan atau komen mengenai gambar tersebut.

17) Kamu berdua sering bercerita tentang kesihatan dan penjagaan diri.

18) Salah seorang daripada kamu bersifat keibuan dan seorang lagi bersifat keanakan.

19) Keluarga kamu semua terlupa yang sebenarnya kamu dan sahabat kamu itu sebenarnya tidak mempunyai ikatan persaudaraan.

20) Kamu benci orang yang sama.

21) Bila bercakap pasal orang lain, ada sahaja ‘gelaran pelik’ yang hanya kamu berdua sahaja faham untuk menggelarkan mereka.

22) Kamu berdua ada perasaan cemburu bila ada orang lain mula rapat dengan salah seorang daripada kamu.

23) Di Facebook, kebanyakan ‘friend’ yang kamu ada adalah salah seorang ahli keluarganya.

24) Kemungkinan besar kamu berdua ada ‘friendly hand shake’ yang akan kamu lakukan bila berjumpa atau ucapkan selamat tinggal.

25) Tiada rahsia antara kamu berdua.

26) Kamu akan mudah terluka bila ada orang cuba menghancurkan hatinya.

27) Sering selfie bersama dan berposing dengan gaya-gaya yang pelik dan nakal.

28) Kamu tahu bila masa yang sesuai untuk dekatinya atau memberi ruang untuk si dia bersendirian.

29) Kamu berdua perlu bertemu atau berborak walau hanya 10 saat pun jadilah!

30) Bila orang semua mula menegur mana kawan kamu yang lagi seorang.

So sweet kan... macam fairy tales.. Tanda-tanda yang sahabat Alynn ade lebih kurang 25 daripada 30 tu.. korang punya sahabat cam mne ade tak  tanda-tanda tu? Cek okay nanti komen tauu kat bawah. Sekarang nak share pulak pasal 
resepi sebuah persahabatan yang indah ^_^

1 cawan budi bahasa
1/2 cawan kesabaran
1 cawan kemaafan
1 cawan dorongan
2 sude teh tidak mementingkan diri

Gaulkan dengan secubit pujian , tambah sedikit lawak jenaka, perasakan dengan kebaikan dan kasih sayang. Selamat mencuba! Try tauu resepi ni.. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya.. 

Sebelum berhenti menaip, Alynn nak pesan kat Sahabat-sahabat Alynn.. 
Jika lihat Alynn jatuh, tariklah Alynn kembali.. Agar kita sama-sama dapat mengejar syurga Firdausi. Alynn sayang sahabat-sahabat Alynn kerana Allah. Panjang kan entry kali ni.. taip entry sambil tengok cerekarama..Sedalam Mana Cinta.. layan sebab ade Pok Jue aka Izzue Islam.. teehee Sampai sini dulu ye.. sudah larut malam ni.. jumpa esok kay. Goodnight readers... 

Sahabat itu umpama pelangi yang menyinar di pagi hari... 



Senyum seindah suria

No comments:

 

Designed By Izza sakura