Saturday, May 10, 2014

Akhirnya...

!Assalamualaikum!

Dah lama rasanya tak update entry, disebabkan kesihatan Alynn yang tidak mengizinkan dan ketiadaan mood jua..kecian betol blog kesayangan Alynn ni..hehe..Tengoklah tajuk entry Alynn kali ni. AKHIRNYA. Gimik lah kononnya. Hah akhirnya ape? Akhirnya Kak Ira selamat menjadi tunangan orang dann akhirnya Alynn update entry baru dann last sekali akhirnya simen dikakiku telah dibuka.. Yeay!! Tapi masih sakit dan tak boleh berjalan lagi. Sob sob sob :( owhh hari ni bukan nak belebel panjang cuma nak share dengan uolls gambar masa kakak sedara Alynn bertunang.. 

Entry kali ini banyak gambar je lah. Diharap korang gembira teehee. Lagipun gambar semua adalah sangat cantik ya! Actually entry ni dah basi plus berkulat dah pon. Yerla lagi sepuluh hari genap lah sebulan K.Ira bertunang tapi baru hari ni Alynn update entry.. Ampun ampun..

Tanggal 20.04.2014, Kak Ira selamat menjadi tunangan kepada pilihan hatinya Zaid. Cer tengok tarikh diorang bertunang 20042014 cantik kan nombornya? Tahniah Kak Ira & Abg Aid ^-^ Majlis dibuat dirumah banglo baru mereka. K.ira tunang pukul 3 camtu dan pada tengaharinya dibuat bacaan Yassin dan doa selamat. Kiranya majlis pertunangan K.Ira sekali dengan majlis perasmian rumah baru tulahh..

Nak layan gambar pertunangan Kak Ira tak? Nak ke taknak ke korang semua wajib layan juga. Haha Marilah kita layanzzz.....



Pelamin.. Cantikkk. I like it. ahak ahak

See. Orang sibuk photoshoot diorang pun nak tengok juga. Sian abg cameraman tu.. 
Panass dia. haha



Selfieee dulu...


A for Aid & I for Irabella ^_^







Rombongan lelaki dah sampai.. 






Saat untuk turun ke bawah.. Berdebar k.Irah hehe


Sarung cincin tanda ikatan pertunangan mereka. 








Dayang-dayang k.Irah.. 



Alololo omeyyyy..




Outdoor photoshoot..



Comelnya..

Dua-dua ni tengah darah manisss.. huhu Counting dayss !




Lambaian Abg Meer yang dikatakan tidak ade perasaan.. 
haha yeke? Yerla...cer tengok betul betul..








Ok nampak tak pic kat atas tu? AWAS ya!! Hah yang mana duk tengah usha-usha Kak Ira harap berhenti berbuat demikian. Kerana mereka berdua sudah bertunang dan tak lama lagi akan mendirikan rumah tangga. haha Tahniah kak Ira & Abg Aid. Semoga tak banyak halangan atau dugaan sepanjang tempoh bertunang ni.. InsyaAllah. Ameen. 

Sekian untuk story kali ni ~ see you soon dear readers :)
Byeeee....


Senyum seindah suria

Wednesday, March 26, 2014

Garang ke?

Assalammualaikum & apa khabar semua? Semoga semuanya sentiasa berada dalam 
jagaan Yang Maha Esa. 


Garang. 
Pelik pulak bunyinya kalau ditaip. Tetibe je nak cite pasal topik nie.. Kenapa kenapa kenapa?



Macam ni kisahnya.. 

Sejak Alynn jadi Timb. Ketua Pengawas Alynn sedaya upaya untuk menjadi garang. Garang bertempat lahh. Bukan garang yang marah marah tak tentu pasal tapi more to TEGAS lah. Kalau tak garang nanti anak buah pijak kepala. Sebelum itu berlaku, baik Alynn bertindak dulu. Belajar untuk menjadi seorang yang 'garang' bukanlah sesuatu yang mudah. 'Garang' dengan erti kata tegas, serius, dan mampu untuk membuat orang lain takut dengan kita. Itulah yang cuba Alynn lakukan pada waktu ini. Dekat rumah memang tak dinafikan Alynn memang sangat garang dengan adik-adik. Al-maklumlah Alynn anak sulung. Kalau adik-adik Alynn buat hal, memang kena semburlah dengan Alynn. Hohoho

Lain pula bila kat sekolah, walaupun Alynn seorang pengawas Alynn takde lah garang mana. Nak garang-garang last last Alynn yg tergelak. Pernah lah beberapa kali Alynn marah dalam kelas. Kelas bising gila waktu tu. Then apelagi Alynn pon jerit. Heyy diamlah !! Semua pandang Alynn. Terkejut dorang tetiba Alynn jerit. Bila semua pandang Alynn apelagi Alynn pon tergelak. Aduhh spoil betul! Dah tahan supaya jangan tergelak tetapi telepas juga. Tambah lagi bila tengok muka kawan-kawan perempuan Alynn yang terbeliak tengok Alynn menjerit. Choyhhh!! Pastu dorang cakap "Alynn marah? Biar betul.. "

Tapi.... kalau ade orang yg cuba naikkan kemarahan Alynn alamatnya Alynn kasi semburlah sama itu orang. Haha. Setiap manusia mesti ada rasa marah kan. Sabar pun ada hadnya. Tapi kalau marah boleh merosakkan segala-galanya baik jangan marah. Padah menanti!

Dan perangai 'garang' Alynn semakin disedari oleh rakan-rakan lelaki dalam kelas Alynn. Siap panggil Alynn "polis" lagi. Ade sorang tu cakap kat Alynn, baru sekarang aku tahu yang kau ni garang, orang lain marah takde lah aku takut sangat tapi kalau kau marah takutt ohhh.. Haaa, tu diaaa.. Terhenti langkah Alynn masa tu. Tak sangka ade jugak orang yang sudi buat pengakuan macam tu. Terima kasih lah awak! Malu tau. *senyum senget. Sikit punya sempoi Alynn ni dikatakan garang. Alynn manja sebenarnya, orang je taktau. Hehe :p 

Oklah sampai sini dulu.

p/s : Don't stress2.. heheheee

Love,
Alynn Rosella


Senyum seindah suria

Friday, March 14, 2014

Pandu Puteri

Assalammualaikum.

Hai uolls! Bertemu lagi kita. Alhamdulillah. Hari tu kat FB kemain lagi tulis jumpa lagi sebulan. Ini baru seminggu lebih dah ada entry baru. Ape citer Alynn? Banyak cerita lah nak share dengan kamu semua. Tak tahan nak tunggu lagi sebulan. Sebelum tu, nak tanya ada tak yang merindui bebelan Alynn? Kalau ada, sila angkat tangan sambil cakap.." Ya, saya rindu kat awak tuan blog " Huhu. Ok ok..stop merapu!!!

Oklah meh sini nak cerita. Hari Selasa 11.04.14, Alynn pergi Majlis Renjer Pandu Puteri Malaysia Daerah Gombak. SMKIH hantar 4 orang wakil. Alynn, Ieyda, Anis & Farisya. Program ni dijalankan di SMK Taman Desa 2. Hari selasa juga ade ujian 1. Hari pertama ujian. Paper Addmath dan BM. Addmath?? Hari pertama ujian dah kena serangan jantung. Alamatnya 
Kajol bin Kojol lah Alynn macam gini. Mujur ade program ni. Selamat satu hari. Heee. Jadi paper addmath Alynn ambil hari Jumaat. Susah weyhhh.. Masuk kelas semua tanya " Macam mana addmath, senang?" Cis.. Buat-buat tanya lah konon padahal dah tahu ape jawapannya.


Sambung balik cerita pasal pandu puteri..

Program ni setiap tahun ada. Setiap tahun juga Alynn pergi. Kumpul sijil.. Seronok bila dapat berjumpa dengan ahli pandu puteri dari sekolah lain-lain. Dapat jumpa kawan baru, pengalaman baru dan boleh tukar-tukar pendapat. Yang paling best program ni semestinya semua kaum hawa. Terasa bebassss melakukan apa sahaja. Huhu. Ini lah untungnya bila tak bercampur antara lelaki dan perempuan. Unit Beruniform yang bercampur antara lelaki dan perempuan bukan tak bebas cuma agak terhad nak buat aktiviti yang perlu tonggek-tonggek, baring-baring, menari dll. Setiap badan beruniform ada keistimewaannya masing-masing. ^-*

Masa otw pergi SMK Taman Desa 2 ingatkan kami yang lambat. Surat tulis program bermula pukul 8 tapi kami pukul 8 masih ade kat atas jalan.. apelagi kesesakan lalu lintas lah. Biasalah arah Rawang pagi-pagi memang selalu sesak. Tak boleh nak elak lagi. Pastu nampak sebuah kereta ni bawa budak pandu puteri juga. Fuhh lega.. ade juga sekolah lain yang lambat. Cikgu pun ikut je kereta tu. Kebetulan cikgu pun tak tahu SMKTD2 tu kat mana jadi ikut je kereta tu. Bila sampai kat satu Roundabout ni, tetiba kereta tu pusing dua kali.. Lahh kereta ni pon sama jugak ke tak tahu jalan. Kami dalam kereta dah gelak-gelak dah. Alih-alih cikgu potong kereta tu pastu guna GPS.

Penat lak bercerita nie, jap . LOADING . . . .

Ingatkan bila dah guna GPS dah selesai masalah. Malangnya GPS ni tunjuk separuh jalan je. Cikgu berhenti tanya kat Shell lah, tanya uncle yang sedang joging pun tak jumpa jugak sekolah tu. Alih-alih berhenti kat tepi jalan ade mak cik ni jual nasi lemak tanya dia barulah kami jumpa sekolah tu. Bila dah sampai tengok kat kantin sekolah tu ramai ahli pandu puteri sedang bersarapan. Ingat semua dah masuk dewan ke ape. Kami punyalah rushing. Keluar kereta terus pergi tempat pendaftaran. Dapat je dia punya tentatif program tengok balik program bermula pukul berapa.. Tengok-tengok pukul 9. Hmmm.. Kalau tahu mula lambat takdelah kami rushing. Pott pett pott pett program mula pukul 9.30. Masa masa.. Time is Gold!! Selepas kami daftar barulah kereta yang kami ikut tu sampai. Rupa-rupanya tu kawan cikgu. Cikgu cakap kat dia yang ni ke kereta yang sesat tu? Terkejut dia. Dia jawab "Mana tahu ni?". Tahulah dah kami ikut kereta tu. Haha.


Mari Alynn kepilkan beberapa gambar 
Majlis Renjer Pandu Puteri Malaysia Daerah Gombak =)

Pendaftaran

`


Anis Adlina. 

Farisya, Ieyda & Anis. 
See. Anis makan nasi lemak guna garfu. Haha. 
Both of u cute like Suzy. ^_^

Si comel Ieyda. AWAS!! Dah berpunya. 





Tentatif program.

Anis tengah menghafal lagu-lagu kepanduan dengan gayanya yang tersendiri. 

Masuk baris.






Suka tengok gambar ni. Ida comel sangat-sangat. 



Ida nampak tinggi. Jengket eh? 

Bersama Cikgu Syathirah yang comel. Sungguh sabar melayan kerenah anak muridnya.

 Anis tengok ape tu? 






Cantik sangat lukisan kat dinding sekolah ni. Buat kami tertarik untuk bergambar disitu. Macam berada di dasar laut pulak.












 Anis pengerusi Pandu Puteri SMKIH.



 Lepas habis program terus pergi kantin. Laparrr.. Padahal sejam yang lepas baru je makan tengah hari. 



 Sorry ini gambar curi-curi ambil. Lapar ye. Kesiannya...

Nyummm nyummm...



Itu sahaja untuk entry hari ini. Jumpa di lain entry ya.
Thank you for reading this entry. Tataaaa ^_^

#PrayForMH370



Senyum seindah suria

 

Designed By Izza sakura