Friday, March 14, 2014

Pandu Puteri

Assalammualaikum.

Hai uolls! Bertemu lagi kita. Alhamdulillah. Hari tu kat FB kemain lagi tulis jumpa lagi sebulan. Ini baru seminggu lebih dah ada entry baru. Ape citer Alynn? Banyak cerita lah nak share dengan kamu semua. Tak tahan nak tunggu lagi sebulan. Sebelum tu, nak tanya ada tak yang merindui bebelan Alynn? Kalau ada, sila angkat tangan sambil cakap.." Ya, saya rindu kat awak tuan blog " Huhu. Ok ok..stop merapu!!!

Oklah meh sini nak cerita. Hari Selasa 11.04.14, Alynn pergi Majlis Renjer Pandu Puteri Malaysia Daerah Gombak. SMKIH hantar 4 orang wakil. Alynn, Ieyda, Anis & Farisya. Program ni dijalankan di SMK Taman Desa 2. Hari selasa juga ade ujian 1. Hari pertama ujian. Paper Addmath dan BM. Addmath?? Hari pertama ujian dah kena serangan jantung. Alamatnya 
Kajol bin Kojol lah Alynn macam gini. Mujur ade program ni. Selamat satu hari. Heee. Jadi paper addmath Alynn ambil hari Jumaat. Susah weyhhh.. Masuk kelas semua tanya " Macam mana addmath, senang?" Cis.. Buat-buat tanya lah konon padahal dah tahu ape jawapannya.


Sambung balik cerita pasal pandu puteri..

Program ni setiap tahun ada. Setiap tahun juga Alynn pergi. Kumpul sijil.. Seronok bila dapat berjumpa dengan ahli pandu puteri dari sekolah lain-lain. Dapat jumpa kawan baru, pengalaman baru dan boleh tukar-tukar pendapat. Yang paling best program ni semestinya semua kaum hawa. Terasa bebassss melakukan apa sahaja. Huhu. Ini lah untungnya bila tak bercampur antara lelaki dan perempuan. Unit Beruniform yang bercampur antara lelaki dan perempuan bukan tak bebas cuma agak terhad nak buat aktiviti yang perlu tonggek-tonggek, baring-baring, menari dll. Setiap badan beruniform ada keistimewaannya masing-masing. ^-*

Masa otw pergi SMK Taman Desa 2 ingatkan kami yang lambat. Surat tulis program bermula pukul 8 tapi kami pukul 8 masih ade kat atas jalan.. apelagi kesesakan lalu lintas lah. Biasalah arah Rawang pagi-pagi memang selalu sesak. Tak boleh nak elak lagi. Pastu nampak sebuah kereta ni bawa budak pandu puteri juga. Fuhh lega.. ade juga sekolah lain yang lambat. Cikgu pun ikut je kereta tu. Kebetulan cikgu pun tak tahu SMKTD2 tu kat mana jadi ikut je kereta tu. Bila sampai kat satu Roundabout ni, tetiba kereta tu pusing dua kali.. Lahh kereta ni pon sama jugak ke tak tahu jalan. Kami dalam kereta dah gelak-gelak dah. Alih-alih cikgu potong kereta tu pastu guna GPS.

Penat lak bercerita nie, jap . LOADING . . . .

Ingatkan bila dah guna GPS dah selesai masalah. Malangnya GPS ni tunjuk separuh jalan je. Cikgu berhenti tanya kat Shell lah, tanya uncle yang sedang joging pun tak jumpa jugak sekolah tu. Alih-alih berhenti kat tepi jalan ade mak cik ni jual nasi lemak tanya dia barulah kami jumpa sekolah tu. Bila dah sampai tengok kat kantin sekolah tu ramai ahli pandu puteri sedang bersarapan. Ingat semua dah masuk dewan ke ape. Kami punyalah rushing. Keluar kereta terus pergi tempat pendaftaran. Dapat je dia punya tentatif program tengok balik program bermula pukul berapa.. Tengok-tengok pukul 9. Hmmm.. Kalau tahu mula lambat takdelah kami rushing. Pott pett pott pett program mula pukul 9.30. Masa masa.. Time is Gold!! Selepas kami daftar barulah kereta yang kami ikut tu sampai. Rupa-rupanya tu kawan cikgu. Cikgu cakap kat dia yang ni ke kereta yang sesat tu? Terkejut dia. Dia jawab "Mana tahu ni?". Tahulah dah kami ikut kereta tu. Haha.


Mari Alynn kepilkan beberapa gambar 
Majlis Renjer Pandu Puteri Malaysia Daerah Gombak =)

Pendaftaran

`


Anis Adlina. 

Farisya, Ieyda & Anis. 
See. Anis makan nasi lemak guna garfu. Haha. 
Both of u cute like Suzy. ^_^

Si comel Ieyda. AWAS!! Dah berpunya. 





Tentatif program.

Anis tengah menghafal lagu-lagu kepanduan dengan gayanya yang tersendiri. 

Masuk baris.






Suka tengok gambar ni. Ida comel sangat-sangat. 



Ida nampak tinggi. Jengket eh? 

Bersama Cikgu Syathirah yang comel. Sungguh sabar melayan kerenah anak muridnya.

 Anis tengok ape tu? 






Cantik sangat lukisan kat dinding sekolah ni. Buat kami tertarik untuk bergambar disitu. Macam berada di dasar laut pulak.












 Anis pengerusi Pandu Puteri SMKIH.



 Lepas habis program terus pergi kantin. Laparrr.. Padahal sejam yang lepas baru je makan tengah hari. 



 Sorry ini gambar curi-curi ambil. Lapar ye. Kesiannya...

Nyummm nyummm...



Itu sahaja untuk entry hari ini. Jumpa di lain entry ya.
Thank you for reading this entry. Tataaaa ^_^

#PrayForMH370



Senyum seindah suria

1 comment:

Unknown said...

pergh first time aq tgk anis pkai bju unit beruniform pape pon kirim salam kat dy hehe :)

 

Designed By Izza sakura