Sunday, December 29, 2013

Selamat Hari Lahir Adikku ^_^

Assalamualaikum u'olls..

Kali ni Alynn ingin mengupdate tentang seseorang yang sedang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini. Pada hari ini, tanggal 29, bulan 12, tahun 2013, genaplah umur adik Alynn, Nurhasya Rushida Bt Idris yang ke 12.

ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan kamu,
ALLAH selamatkan Nurhasya Rushida,
ALLAH selamatkan kamu.

Wah wah wah..

Dah besar panjang dah adik Ayong sorang ni. Nasib kaulah Hasya. Lahir hujung bulan dan hujung tahun pulak tu. Selang 2 hari lagi, dah nak masuk tahun 2014. Sedangkan umur Hasya baru saja mencecah 12 tahun tapi dah nak memulakan sesi persekolahan tahun 2014 dalam tingkatan 1. Kalau ikut tahun, dah 13 tahun lah umur Hasya tahun depan, tapi kalau ikut bulan tak cukup lagi. Ok. Sangat kesian. Eh tak baik, macam menyalahkan takdir pulak. Apepon Hasya patut bersyukur sebab dapat juga dilahirkan di dunia ini. Tengs to Mak. Muahh.

Nampaknya adik Ayong yang sorang ni, dikira remajalah eik, tahun depan. Sungguhlah tidak percaya hakikat yg hakiki yang Hasya sudah menjadi remaja. Huhuhu..perangai still ala2 spesis kanak-kanak Ribena.


Supp.. riseee !! ^_^









Ya Allah, Kau panjangkanlah usia Adikku ini, murahkanlah rezekinya Ya Allah, Kau berkatilah dan rahmatilah kehidupannya, kau permudahkanlah segala urusannya, jadikanlah dia sebagai seorang hambaMu yang tidak lupa untuk menunaikan perintahMu, seorang anak yang taat pada Ibu bapa dan seorang hambaMu yang cemerlang di dunia dan diakhirat...Aminnn...


Tumpang potong kek kejap eh Hasya. 




Okay mesti pembaca blog Alynn ni tertanya-tanya dimanakah tempat yg Alynn celebrate bufday Hasya ni. Ohh ni kat Restoran Sri Tempua a.k.a Restoran Sarang Burung. Di jemput datang ye. Pandai makan, pandai bayarlah ye. Takde istilah FR double E disini. Haha. Disini lah tempat mak abah mencari rezki. Yang pakai Apron tu lah my lovely Mummy. 

Kami celebrate bufday Hasya tepat pukul 12 mlm smlm. Mujurlah masa pukul 12 tu pelanggan takde. Sebab masa pukul 12 tu satu restoran bergelap. Yerla nak suprisekan Hasya. Kalau ade pelanggan sah-sah kena marah. Orang nak makan, kita pegi tutup lampu. Mana tak hangin kan?? Cuma cahaya dari lilin yang dicucuk kt kek sahaja. Masa pukul 12 tu Hasya and the gang tengah main baling selipar. Jadi, Alynn selaku kakak sulung bawa kek dari dapur sampai ke tempat dorang main. Malangnya, Hasya macam tak terkejut.. Buat derk je. Hasya oh hasya.. dirimu memang sentiasa cool. 


Antara orang yang meraikan bufday Hasya semalam ialah :


Mak Su & Pak Su



Alif Ba Ta. 



Along Ammar



Tak lupa juga, Ayong & Angah dan ramai lagi.. tak sempat la nak amik pic sorang-sorang.
Semuanya menjadi kelam kabut.



Lepas celebrate bufday Hasya, mak terus menjakankan tugasya.. Apelagi amik order lah.


Budak Emokk ^_^



Ni hah pic dorang main baling selipar. Meh tengok! 







Selama ni bukan main susah lagi nak amik gambar dia, entah kenapa
semalam gila glamor pulak budak sorang ni. 

Okla, Alynn dah ketandusan idea untuk berceloteh..Btw, Nurhasya Rushida “I wish you happy birthday and all the best” Make us proud! Sweet 12. Xoxo

Sekian untuk entry hari ini. Love u all! TT__TT


Senyum seindah suria

1 comment:

Unknown said...

ok la sebab ada gambar along!!!hehehe

 

Designed By Izza sakura