Wednesday, January 1, 2014

Selamat tinggal 2013, Selamat datang 2014 !

Assalammualaikum.



Carian pak cik Google tercinta


Weeewwwiiittttt !

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk tahun 2014. 2013 telah pun selamat melabuhkan tirainya. Selamat tahun baru sahabat Alynn semua! Syukurlah.. umur pun meningkat satu nombor lagi. If dulu Alynn berumur 16 tahun ..this year 17 tahun. Ya, sudah pun matang. Siapa sangka tahun ni dah SPM.*Ulang. SPM! SPM yang bakal menentukan masa depan weyy!! Gerunnn..


Rasa mcm sekejap je tahun 2013 berlalu kan?? Setahun terasa bagai sebulan, Sebulan terasa bagai seminggu, Seminggu terasa bagai sehari, Sehari terasa bagai sejam, Sejam terasa bagai seminit, Seminit terasa bagai sesaat, dan  Sesaat terasa bagai tidak wujud lagi.*ikut rentak lagu Seperti dulu by Forteen. Hehe. Mungkin inilah salah satu tanda kecil dunia akan menemui ajalnya.*tegang bulu roma. Buat-buatlah taubat Alynn oi, jangan tau buat je. InsyaAllah, tahun ni permulaan baru utk hidup yang baru. Banyak yang nak kene ubah dan tambah.


Tahun 2013 telah memberikan terlampau banyak kisah pahit, manis, sedih, gembira, tawar, masin, kelat semua jenis rasa dalam hidup lah. Okayh perkara yang lepas jangan diingat-ingat lagi, kehidupan harus diteruskan. Audit diri jadi lebih baik.


Jadi, bila tahun baru menjelma mesti sahabat-sahabat Alynn semua pakat-pakat tanam azam baru kan kan kan?? Hah mesti ade jugak azam korang yang tak terlunas di tahun 2013 kan? Samalah kita. Kasi High5 satu kali.  Jadi mesti situasi ni akan berlaku “Tahun baru, Azam recycle”. Bahasa lainnya azam di 'refresh' balik. Jeng, jeng, jeng.. Daripada kita frust menonggeng tak dapat apa yang kita azamkan atau hajatkan pada tahun lalu baik kita refresh balik kan. Betul tak? Sape setuju angkat tangan kanan.. gelek gelek gelek. Angkat tangan kiri, gelek gelek gelek. Satu pesanan dr Mak, nak berhajat boleh, tapi beringat sikit  "walk the talk", jangan hangat-hangat tahi ayam je. *sedarlah diri tu sket . Dan ingat kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.  Alynn percaya sebaik-baik perancangan adalah rancangan yang ditetapkan oleh Allah. Nasihat Alynn, don't lose hope. Eh Alynn, memandai je kau nasihatkan org.. kau hade buat tak?


Alrite untuk tahun 2014 ni, azam yang baru masuk carta azam santapan jiwa Alynn adalah…

haa.. Tadaaaa...

Mematuhi segala perintah-Nya, menjauhi segala Larangan-Nya

Jangan berangan bebanyak sangat

Tidak lagi terbiasa untuk termengumpat, termencarut, termaki, terhamun, terkutuk, termarah..

Berbakti kepada Emak & Abah

Seorang anak solehah, tak nak melawan cakap Emak & Abah

Menjadi seorang kakak dan sahabat yang baik dan caring

Pastikan terselamat drpd masalah pelajar alaf ini, tak lain tak bukan , ehem “Couple”
     yang boleh mengganggu fokus pd  pelajaran Alynn

Patuh pada cikgu-cikgu

Sentiasa berdampingan dengan cikgu-cikgu

Tak nak lagi menangguh-nangguhkan kerja-kerja sekolah

Cemerlang dalam SPM yang bakal tiba

Kurangkan ber”facebook”, ber”blogging”, …..

Mengehadkan waktu di hadapan tv maksimum dua jam sehari

Baca novel diterhadkan sebulan satu novel sahaja.

Belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan rajin mengulangkaji pelajaran

Sentiasa menepati masa dan menepati janji

Ambil lesen motor & kereta



Huh.. lap peluh kejap. Penat menyenaraikan azam-azam yang harus ditunaikan. Rasanya cukuplah sampai situ. Ke nak tambah lagi 2, cukup kan 20! Hah tudiaa.. *entah apa-apa la pemikiran kau Alynn.. ade ke orang lain kesah? Pape pon, I’ll try my best. Yang penting apa yang Alynn nak buat dengan 365 hari yang ALLAH pinjamkan pada tahun ini, sudah selamat disenaraikan dan Alynn harap dapat menggunakan tempoh itu dengan sebaik-baiknya. Sebarang pertambahan akan dilakukan dari masa ke masa mengikut terma dan syarat.


Ingatlah setiap azam perlu diiringi dengan usaha. Dan jangan lupa, kena sentiasa bersemangat dan tak kenal erti mengalah. Tetapkan hati. Kerana kekuatan sebenar terletak pada hati.



Semoga tahun 2014 ini, membawa lebih berkat, rahmat dan ketenangan dalam hati Alynn dan awak-awak semua, sekaligus dapat mencipta sesuatu yang fantastik, dapat berbakti pada ibu bapa dengan kejayaan yang kita kecapi dan sentiasa berbuat lebih baik untuk kebaikan dunia dan akhirat agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang di mataNya. Amin ya Allah.  




Ok sampai sini dulu,
Nanti Alynn update lagi :)

Much love,
Nurshafiqah Azlin Bt Idris





Senyum seindah suria

2 comments:

Unknown said...

bgos bgos kalau ade salah silap nnti aq tegur ko aq pon sme kalo ade salah silap jgn segan segan tegur aq hehe :) tpi aq X amik spm tros diploma hehe gudluck Alynn

✿Alynn Rosella✿ said...

Sama-samalah kita perbaiki diri kearah yang lebih baik. Tegur lah Alynn yang sememangnya bnyk kealpaan.Tengs Jalal.

 

Designed By Izza sakura