Thursday, March 6, 2014

Aku, Kokurikulum dan Pengawas.

Assalamualaikum...
Hola!!

Tahun sibuk. Tahun terakhir Alynn di SMK Ideal Heights. Tahun yang paling mencabar. Mencabar kerana tahun ini adalah tahun Alynn bersama rakan seperjuangan berjuang dalam peperangan SPM. Tahun dimana Alynn bersama rakan-rakan akan mencipta sejarah sekolah.



"Yeah,this year I am senior!!"

Ya..Tahun inilah tahun yang mengaut banyak memori indah bersama kawan-kawan Alynn. Alynn tidak lagi menjadi insan yang pasif didalam kelas. Alynn cuba sedaya upaya menjadi kawan sekelas yang aktif. 


Senior Years..Tahun 2014..

Taknak bebel panjang..
Sekarang Alynn nak story pasal koko, bukan koko coklat tu la.. tapi Kokurikulum !

Alynn sentiasa ingin berebut untuk mendapatkan jawatan dalam unit beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan. Boleh dikatakan ramai la budak form 5 tahun ni nak dapat jawatan. Boleh dapat banyak markah kokurikulum nanti. Tapi jangan pula dah dapat jawatan tapi tak hadir kokurikulum. Banyak cantik muka kau. Nak markah lebih, koko tak hadir... Wah, cam amaran pulak. Memang pon. Ini amaran keras! Tahun ni Alynn berazam nak full kan kehadiran kokurikulum Alynn. *semangat nih*.

Alhamdulillah untuk tahun ni Alynn banyak jugaklah pegang jawatan dalam kokurikulum. Meh Alynn cerita Alynn pegang jawatan apa.. Kita kupas satu persatu. Eceh.
Unit beruniform, Alynn masuk Pandu Puteri. Dari form 1 lagi. Tahun ni Alynn dipilih sebagai Bendahari.. Jadi Along kutip hutang. Tak bayar Alynn kasi potong itu kepala ahhh... Erghhh seram. Mimpi ngeri Alynn malam ni. Kelab & Persatuan.. Alynn masuk Persatuan Bahasa Melayu , dari form 4 lagi. Boleh tukar tapi tak nak. Jiwa dah melekat kat persatuan ni. Untuk tahun ni, Alynn diberi kepercayaan untuk menggalas jawatan Pengerusi. Syukur sangat-sangat. Ini semua kerana Cikgu Liza. Terima kasih cikgu! ^_^ Sukan dan Permainan.. Since form 1 Alynn masuk Bola Jaring. Tahun ni Alynn dicalonkan untuk jawatan Naib Pengerusi. Masa lantikan AJK Alynn rasa mesti Alynn tak dicalonkan sebab dalam Bola Jaring tu ramai yang pandai main... Rupanya ada juga sahabat Alynn calonkan dan undi Alynn. Terima kasih gegurlz!!! Alin memang lah wakil sekolah tapi tak berapa pandai main sangat. Macam mana tu, wakil sekolah tapi tak pandai main.. Konpius!! Teehee.. Untuk rumah sukan pula, Alynn rumah Kuning (Cheetah). Alynn pegang jawatan AJK permainan iaitu AJK Bola Jaring. Syukur.


Cukup sampai situ untuk kokurikulum. Sekarang tiba masanya untuk 
menceritakan pasal Pengawas..

Siapa sangka tahun ni adalah tahun ke-9 Alynn menjadi Pengawas Sekolah. Dan tahun ini adalah tahun terakhir Alynn bergelar pengawas di sekolah. Sob sob sob.
4 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Sangat lama. Alynn mula jadi pengawas masa sekolah rendah darjah 3. Yang pasti Alynn dilantik oleh cikgu. Bukan Alynn yang terhegeh-hegeh nak jadi pengawas. Lain ye dilantik dengan terhegeh-hegeh nak jadi pengawas.. Alynn cakap macam tu sebab Alynn ada pengalaman dimana ada kawan-kawan Alynn yang nak jadi pengawas sebab nak 'HOT', sebab yang ni memang tak boleh disangkal lagi. Entah apa lah yang menyebabkan dorang fikir cam tu. Pastu nak pakai baju lain dari yang lain. Pengawas kan pakai baju biru. Nampak menyerlah dari murid yang lain. Tu yang menarik lagi tertarik.

Pada mulanya Alynn tak nak. Yerla kecil lagi waktu tu, jadi takut lah kena buli dengan senior. Cikgu bagi surat sebelum cuti sekolah. Masa tu Alynn darjah 2 jadi ada masa lah untuk Alynn fikir masa cuti sekolah tu. Fikir punya fikir punya fikirrrr.. Alynn terima juga tawaran cikgu tu. Cikgu nampak bakat kepimpinan yang Alynn ada. Tak ingat ape nama cikgu tu. Cikgu masa sekolah kat Negeri Sembilan, SK Gemas. Ni serba sedikit lah macam mana Alynn boleh terjebak dalam pengawas ni. Actually, panjang lagi ceritanya, kalau cerita kat sini 7 hari 7 malam 7 entry pon tak habis.. Jadi tak yah lah cerita yang lagi-lagi tu ye. ^_^

Wokeyhhh.. Tahun ni dalam organisasi pengawas Alynn pegang jawatan yang alin memang tak duga dan memang Alynn tak sangka.. Kejutan yang besar buat diri Alynn. Jawatan apakah??? Scroll ke bawah.


Jeng jeng jeng....

.*

.*

.*

.*

.*

.*

Aucakkk!!!


~~~~~~Timbalan Ketua Pengawas~~~~~~~~


Terkejut juga bila tahu Alynn menyandang jawatan tu. Alynn ingat Alynn pegang jawatan Ketua Exco Protokol. Sebab masa form 4 Alynn pegang jawatan Timbalan Exco Protokol. Ketua Alynn cakap kalau protokol ni susah nak tukar jawatan sebab exco protokol dah di latih dari awal. Itu sebab Alynn tak letak apa-apa harapan nak pegang jawatan lain selain exco protokol. Alynn mula dapat jawatan masa Form 3 dan Alynn diberi jawatan Penolong Exco Fotografi. Sejujurnya siapa yang tak nak menjawat jawatan Timb. K.Pengawas..  Alhamdulillah. Ini adalah satu kenangan yang indah buat Alynn sepanjang Alynn bersekolah. Darjah 6 Alynn Penolong Ketua Pengawas dan tahun ini di tingkatan 5 sebagai  Timbalan Ketua Pengawas. Tugas yang sama cuma nama jawatan itu yang berbeza. Sungguh cantik perancangan yang Allah aturkan untuk Alynn disaat Alynn ingin meninggalkan sekolah rendah dan menengah. Pesan mak pengawas-pengawas juga SPM jangan lupa. Karang pengawas kemana , SPM kemana!!

Jawatan ketua pengawas, timbalan dll pada tahun ni dirahsiakan sehinggalah hari watikah pelantikan.. Alynn cuma disuruh bawa blazer. Tapi tak diberitahu jawatan apa. Dup dap dup dap juga lah jantung Alynn nak tahu jawatan apa Alynn pegang tahun ni...
Syukur semuanya terjawab apabila majlis yang ditunggu-tunggu tiba.. Sedikit kekesalan sebab Cikgu Zaharah guru pengawas takde bersama kami. Cikgu Zaharah sakit. Nak jadikan cerita lagi, secara kebetulan pada tahun ni dalam kelas Alynn sorang je perempuan yang duduk sebelah lelaki. Bukan saja-saja ye. Sebabnya masa hari pertama sekolah tu Alynn masuk kelas lambat pengawas lah katakan jadi kawan-kawan perempuan yang lain semua dah pilih partner masing-masing. Nak tak nak Alynn kena duduk sorang. Pastu Danial masuk dia pun takde partner jadi dia duduk sebelah Alynn.  Danial Farhan dilantik sebagai ketua pengawas pada tahun ni. Jadi dalam kelas 5B, ketua pengawas dan timbalan ketua pengawas duduk sekali. Senang juga kerja kami nak bincang hal pengawas. Hehe. 
Cakap pasal bangga, "jawatan bukan untuk dimegah, dibanggakan, tapi jawatan tu adalah amanah yang orang bagi kat kita". Mungkin orang akan kata Alynn tamak, nak banyak jawatan tapi dah orang percayakan Alynn nak bagi jugak jawatan eventhough dalam kelab lain Alynn still ade jawatan, selagi Alynn mampu, Alynn terus laksanakan amanah dengan sebaiknya. Tapi Alynn ada limit jugak. Bukan 24 jam asyik busy, kena ada masa belai jiwa, rohani, mental, fizikal, study, etc. Hoho. Penat tu memang penat tapi kalau dah minat, penat tu tak terasa sangat. Tuntutan tanggungjawab lebih Alynn beratkan. Biarlah, bukan selalu pon. Kalian semua doakan Alynn ye semoga dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. 




Alynn & Bella. Friends since form 1. Kami berdua dari form 1 duduk kelas sama. 
1B, 2B, 3B, 4B dan tahun ni 5B. Bukti kami setia pada kelas "B". 

Arash duta Colgate. Asal tangkap gambar je nak tayang gigi. Tahu lah gigi Arash 
cantik takyah lah perli Alynn..Sejak Alynn pakai braces ni selalu sangat dia senyum camtu. Sabar je lahhh.


 Pemimpin Idealian 




Hanafi, Alynn & Arash.

Bersama Ketua Pengawas, Danial Farhan. Congrats Bro ^_^


Pembuli tegar Idealian. Huhu. 



We are 5B.
Eh ade sorang dr kelas 5A tersesat dalam pic ni. Melvinder. Nasib baik gambar dia blurr. Huhu.



Nizam dan Hanafi berjabat tangan. Nizam sebagai ketua kelas 5B tahun 2013 dan
 Hanafi ketua kelas tahun 2014. @_@

Pelik kan pic ni. Tetiba je tunjuk air kotak. Entah mana datang air 
kotak tu. Salehudin tetiba suruh Alynn pegang kotak tu then snap pic. Nak suruh 
Alynn jadi model air kotak tu agaknya.




Alynn & Arash. Kan handsome Arash kalau tak tayang gigi ala memerli tu. Wekkkk :p



Segmen menayang gigi. Fathin tayang dia punya anak tekak. Haha.





Bersama ketua kelas 5B, Hanafi. Steady bro...


Lepas watikah terus meeting ke bang? Relax lah dulu.... 
Semangat yang berkobar-kobar!!

SMK Ideal Heights kebanggaan kami. <3

Pantang nampak camera ade je muka kami semua.. 

Hanafi & Bella.

Nizam & Hanafi. Ketua kelas kami dulu dan kini :)


Keadaan dalam dewan. 



Ikrar Pemimpin Idealian. 


Tengah kalut-kalut susun kedudukan pengawas dalam dewan. Dan masa ni juga Alynn tahu jawatan Alynn. Pagi tu dengar Atiyah cakap macam tak yakin. Bila dah tengok sendiri dengan 2 biji mata anugerah Ilahi nama Alynn kat name list pengawas barulah terasa yakin dan degupan jantung kembali normal..
 Cliche betul !! Kalau menyampah silalah muntah hijau. Tak kisah pon.



Baiklah. Setakat ini sahaja untuk hari ini.. Diri ini sedang dihimpit kesibukan. Maaf kerana mengambil masa yang agak lama untuk menulis. Jaga diri kamu semua ya.

Senyum. ^_^





Senyum seindah suria

No comments:

 

Designed By Izza sakura