Sunday, February 9, 2014

Happy Birthday, Sahabatku Sayyidah !

Assalamualaikum.

Entry Alynn hari ni Alynn taip khas untuk Sayyidah Syahirah Bt Azmi. Tanggal 26 Januari merupakan hari lahir Ida julung julung kalinya. Bukan selalu Ida lahir. Okay merepek. hahaha. Alynn nak simpan kenangan sambut birthday Ida dalam blog Alynn ni. Bagi Alynn, memori bersama sahabat akan menjadi lebih bererti bila dikenang dengan penulisan. Segala puji bagi Allah sahabat karib dunia akhirat Alynn yang paling Alynn sayang sangat-sangat sudah genap umurnya yang ke-17. Selamat Hari Tua,Ida! 

So Alynn with Zahira, Bella, Nadia, Emelyn, Atiyah dan Mira pakat-pakat nak buat kejutan untuk Ida. Tambahan 2 orang pada saat-saat akhir Fathin dan Nisa. Birthday Ida hari Ahad, kami suprisekan dia hari Isnin. Hari Ahad tu kami dah rancang jangan ade sape-sape antara kami yang wish Ida kecuali Alynn. Kalau Alynn tak wish sah-sah lah dia dapat agak yang kita orang nak suprisekan dia. Tambah lagi Alynn jenis orang yang memang akan ingat setiap tarikh lahir kawan-kawan Alynn.. Nak jadi orag pertama yang wish. Hehe. Bukan nak memuji diri sendiri. Tapi itu memang hakikat. Nombor IC dia pon Alyyn ingat. Dia yang suruh Alynn hafal. Jadi memang agak pelik kalau Alynn tak wish. Lepas buat suprise tu kami tanyalah dia,dapat agak tak yang kami nak buat suprise.. Dia tak dapat agak tp dia pelik kenapa takde sorang pon antara kami kecuali Alynn yang wish dia. Haha. Jahat kan kitaorg?

Dan keesokan harinya lepas balik sekolah taraaa...

"Happy Birthday!!!!"

Ida terkejut. Dia nangis! Alynn dah sebak waktu tu. Tahan je air mata. Alynn pegang bahu dia. Tapi kenapa Alynn sedih? Mestilah sedih.. Mungkin tahun depan tak boleh sambut macam tu lagi.. Mungkin nanti tak selalu jumpa. Over kot Alynn. Haha :D 



Surprise tak Ida? Ada ala-ala waaa terkejut mak *tangan ke bahu mata ke atas* tak? haha. 


Jenuh juga lah Alynn pikir macam mana nak ajak dia ke rumah Emelyn. Alynn ajak dia pergi Popular dulu, Alynn cakap kat dia Alynn nak beli novel. Sampai Selayang Mall dia suruh Alynn pergi Popular dulu, dia nak pergi Hot & Roll. Lapar lah tu. Alynn masuk Pop macam orang takde haluan. Yerla novel kat rumah banyak lagi tak baca jadi memang takde mood nak tengok novel. Ida sampai kat tepi Alynn dengan bawa makanan. Perghh bau makanan tu memang menyelerakan. Perut Alynn dah berkeroncong dah. Ida makan buat tak tahu je. Tak pelawa pon. Alynn tahu dia lapar. Pastu gi tempat buku rujukan. Berkelana kat situ ade kot dalam 20 minit sementara tunggu yang lain sampai rumah Emelyn siap-siap untuk suprisekan Ida. Melonjak kegembiraan Alynn bila Zahira call yang Alynn dengan Ida boleh gerak ke rumah Emelyn. OTW tu Alynn terbayang makanan je.. Lapar sangat-sangat. Ida dah kenyang. Dalam otak Alynn pikir Ida memang tak tahu ape agenda Alynn ajak dia pergi rumah Emelyn selain nak pinjam buku Fizik. Thanks juga buat semua kawan-kawan Alynn yang telah berkongsi modal untuk merencanakan kejutan buat Ida. ^_^




Potong kek! Amboii Atiyah lagi. saja je nak enterprem :P


US ^_^ 


Aaaa. nganga mulut jangan menitik air liur. Haha

Khusyuk tengok video yang sempat dirakam oleh Fathin Husna masa Ida masuk rumah tadi. 
Pelbagai gelagat kami dalam video tu.. 






Kami tempah makanan kat kantin. Nasi Goreng.. Sodapppp!! 
Kek Coklat Indulgence tempah kat Syira Juaini. Mabeless... 




Keceriaan di wajahmu... 


Dah dapat makan kek, perut dah kenyang, , apelagi sesi posing-posing lah.. 




Tengok tangan kitaorang buat peace cam mne.. Sengettt. Peace senget ni trademark Ida. Cer tengok pic kat bawah sama tak? haha.

Budaknya comel je, cantik, ayu. Alhamdulillah Allah kurniakan kepadanya. Hohoho










Sahabat Selamanya !!


~Harapan mengunung ganang Alynn pada Ida.

Semoga jadi anak yang solehah, insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah. 
Seiring dengan pertambahan usia, moga semakin matang dalam meniti liku-liku kehidupan.
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dapat mencapai 
cita-cita sebagai apa yang Ida harapkan tu, berjaya didunia dan akhirat dengan cemerlang, 
mendapat 9A+ dalam trial SPM dan SPM 2014, Dijodohkan dengan Farihin kihkih. 
Semoga ceria selalu.. Amin ya Allah.


Thanks for everything Ida ! Alynn bersyukur sangat-sangat dapat berjumpa, berkenalan dan berkawan dengan Ida. Berkawan dan bergaduh since form 1 till now. Banyak yang kita lalui, banyak pengalaman yang tersangatlah best. Susah senang Alynn, Ida tolong, Ida bagi semangat. You always, always be there for me. Apa pun masalah Alynn, Ida selalu tahu apa yang tepat nak cakap pada Alynn. Mintak maaf kalau Alynn ade buat Ida terasa sepanjang kita bersahabat walaupun memang confirm ada dan banyak. Ahh nangis lak Alynn taip entry ni haha. Hanya ALLAH je mampu balas semua kebaikan Ida pada Alynn. Selamat hari jadi ke-17 sahabat! Hope our friendship last till jannah. Jadi sahabat dunia akhirat okay. Amin.


Tiada yang indah dalam persahabatan melainkan jika ianya ikhlas keranaNya. Bertemu dan berpisah juga keranaNya.. :)


Sekian. 

Insyaallah ada masa kita bersua lagi. Bye. Assalammualaikum.



Senyum seindah suria

Saturday, February 8, 2014

Selamat bertunang, Abg Meer !

Assalammualaikum.


Fuhh fuhh *lap screen* berhabuk dah blog ni. 3 minggu tak update. Well SPM candidate lah katakan.. Hari-hari mengadap homework . Huh boring! Takpe-takpe bertahan demi masa yang akan datang. 

Banyak benda nak cerita, tapi banyak masalah pula yang mendatang. Takde lah banyak sangat. Satu dua je. Satu, laptop rosak. Penyelesaiannya, dapat laptop baru. Yeayhhhh!! Kedua, ni tidak dikira masalah kalau Alynn tak beria-ria nak sangat. Tapi tak tahu lah pulak boleh mendatangkan masalah. Braces a.k.a pendakap gigi. Alin dah pakai braces tau. Sakit oooh!! Bibir bengkak dan luka kat dalam. Sebutan jadi tak betul. Hah cerita pasal braces ni kan.. Ramai kawan-kawan Alynn yang tanya pasal braces ni. Okayh Alynn janji nanti Alynn akan buat entry mengenai braces. InsyaAllah soalan awak-awak semua akan Alynn jawab dalam entry tu. Nantikan ye. ^_^

Sekarang scroll tetikus ke atas, then tengok title entry kali ni.. Okay dah tengok kan? Ini cerita 
sudah lama diperam. Cerita dah basi dah pon. Tapi lantaklah Alynn nak update jugak. Peduli 
hape kan.. Hehe. 

Alhamdulillah hari Sabtu 25. 01. 14, selesai jugak majlis pertunangan abang saudara Alynn,
Abg Meer dan pasangannya Kak Syafika. Nama kita sama lah kak Syafika. Suka suka! Sekarang sudah terikat satu ikatan pertunangan antara mereka berdua.
Congrate for both of you! 

Dah alang-alang nak cerita pasal pertunangan Abg. Meer ni , Alynn nak cerita sikit mengenai Abg. Meer ni. Abg. Meer ni seorang pemain bola sepak negeri Perak. Nama penuh Azmeer bin Yusof. Umur 24 tahun. Tarikh lahir 25/05/1990. Asal Taiping, Perak. Posisi pertahanan. Nombor jersi 25. Sebelum ni Abg Meer dah pernah main dengan banyak team. Antaranya Kuala Lumpur FA, Proton FC, Pos Malaysia FC dan Negeri Sembilan FA. Kalau tanya Alynn sokong negeri mana? Tentulah Alynn sokong Perak sebab Alynn lahir kat Perak. Kampung Alynn kat Perak. Batu Kurau, Taiping yaww!! Dalam kalangan pembaca blog Alynn ni ade tak penyokong Perak? Kalau ade moh le kite pakat-pakat sokong perak ye. Perak Selamanya!! Kome semua kalau nak kenal lebih dekat dengan Azmeer Yusof ni boleh lah add dia kat FB. Nah links FB Azmeer Yusof. Malam ni Perak vs Kelate.. Harap Abg Meer dapat lakukan yang terbaik. Cayokk cayokkk!!!




This is Perak, This is Our Pride !!!



Masa hari majlis pertunangan tu, hari tu juga sekolah ganti untuk tahun baru cina. Alynn ponteng sekolah semata-mata nak pergi majlis ni. Kononnya dah tekad dalam diri tahun ni taknak ponteng sekolah walaupun sehari tapi nak buat cam mne abg Meer tunang jatuh pada hari sekolah. Nak lagi Alynn memang nak sangat pergi majlis pertunangan abg. Meer ni.. Dah lama tunggu nak tengok dia bertunang. ^_^


Jarak dari rumah Abg. Meer dengan rumah kak Syafika kira-kira 5 minit je. Dekat bebeno. Ramai jugalah rombongan dari pihak lelaki. Kaum kerabat kami aje dah ramai ditambah pulak dengan jiran-jiran terdekat memang meriah lah!

Rasanya Alynn tak pernah lagi pergi majlis pertunangan jadi bila ada dalam majlis tu Alynn rase macam ouhh, macam ni rupanya. -..-" * kesian budak ni kan. Masa pertunangan hari tu ade pantun dan bermadah segala. Pihak perempuan diwakili bapa saudaranya, yang belah lelaki ni yang kelakar diwakili oleh bapa lelaki sendiri. Lain dari yang lain. Haha.

Nombor 25 adalah nombor bertuah bagi Abg Meer.. Pertama tarikh lahir dia 25.05.1990, tarikh lahir tunang dia 25.01.1990, tarikh dorang bertunang 25.01.2014 dan nombor jersi dia 25. Adakah tarikh perkahwinan dia juga bermula dengan nombor 25 ?? Wah cun nombor ni. 
Tak sabar nak makan nasi minyak !


Jom layan gambar ^_^


Hantaran dari pihak lelaki. 
















Hantaran dari pihak perempuan. Tak banyak ade 2 pic je.. Tak sempat amik satu-satu. 





Belakang hantaran belah perempuan, yang depan belah lelaki. 
Perempuan tema peach, lelaki purple pink. 


This is the cake !!






Cunnnn... 




Kek secret recipe uollss... meleleh ayaq liur. 



Kak Irah comey. :)



Pembawa hantaran.


















Antara yang memeriahkan majlis.
Ramai gilosss...


Wat lek, wat peace! 


















Bincang-bincang pasal nikah, hantaran, tempoh tunang segala.
Pastu terus sarung cincin.



Ayu dan Cantikkkkk.... 
















Sama cantik, sama padan.. 




Alololo omiomiomiomio! ;D


Okay, tahniah lagi sekali buat Abg. Meer dan Kak Syafika. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Eh, baru tunang kan. Silap-silap. Selamat bergembira bertunang-tunangan. =) Jaga-jaga, darah tengah manis ni. 



Senyum seindah suria

Friday, January 17, 2014

I need some rest!


Assalammualaikum.

Hye semua  ^_^






Tak tahu kenapa hari ni tiba-tiba mood malas semalas-malasnya gila nak mati.*wowowo.. ‘virus’ bahaya bahaya!! Situasi ini berkemungkinan besar kerana Alynn tersangat-sangat penat, letih, lemah dan lesu. (sambil buat muka kesian). Akal yang waras  berkata, 'Rehatlah Alynn oi!' Aduhaiiii...Kerja lain takleh buat, semua jadi tak kena tapi hadap blog boleh pulak. Hairan bin Ajaib!



Ehsan google. :>

Oleh sebab minggu ni sekolah cuti sempena Thaipusam selama 3 hari - Jumaat, Sabtu dan Ahad maka dengan rasa bangganya sikap malas telah mula bermaharajalela dalam diri. (Wah wah Alynn) Maka… apabila diri ini sudah bertemu jodoh dengan si TilamBantal yang terlintas di fikiran adalah untuk sambung ZzzZzz…tidur hingga tengah hari. Anak dara sape yang teruk sangat ni? Terlintas hokayy, tak buat pon. Berani nak buat camtu? Memang taklah kann!


Dah dah sambung cite balik. Mula lah Alynn dengan merepek meraban dia. Aiyoo. Tubuhku sudah mula berbicara minta direhatkan. Hentikan segala aktiviti yang memerlukan kerjasama dari tubuh yang dikatakan kurus oleh org lain tapi tidak bagi Alynn. Dah demokk, dah bambam. Tapi apakan daya apabila tuan empunya badan terlalu busy jadi permintaan itu terpaksa diabaikan tanpa kerelaan hati. Sungguhlah tuan empunya badan juga terlalu letih dan nak rehat. 

Serius, Alynn cakap form 5 memenatkan. Tiada lagi erti kerehatan yang mencukupi dan yang penting,homework berlambak lambak, terbengkalai macam bangunan tidak siap yang tiada penghujungnya . Hancuss!! Baru sekolah dalam 10 hari dah kena buli camni. Sob sob sob. Alahai nasib nasib. Satu lagi sikap yang semakin menebal dalam diri Alynn sekarang adalah.. Sikap suka menangguh. Waduh waduh enggak bisa diatur.. Realiti hidup seorang pelajar yang suka tangguh kerja… "Alaa rilex la dulu, lambat lagi hantar, main pesbuk dulu" , "Malas la", "Sekejap jer tu", "Nantilah",  "Kejaplah!" dan banyak lagi dialog jahat dlm pemikiran yang sering kita ungkapkan. Ramai antara kita, suka mengamalkan sikap bertangguh. Betul tak? Akhirnya, kerja yang bertangguh membawa padah. --SERABUT-- Memang patutlah mak sentiasa membebel je kat Alynn dengan perangai Alynn cenggini. Haha yeah well me. Konon nya matlamat nak jadi anak solehah tapi tengoklah dengan perangai Alynn. Wargh tension nya. Jadi, untuk hari yang mendatang Alynn akan cuba ubah slow slow sikap ni. Tak moh dah tangguh menangguh. Menangis tak berlagu ohh!! "Kau sedar tak, kau nak SPM??!"  jangan berlagak macam bagus walhal kau tak bagus pun!! (dialog yang sering muncul dalam otak Alynn).


p/s: Jangan terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat yang terdapat di dalam entri ini. Buat kerja jangan bertangguh, nanti seksa diri. Dan jangan buat kerja last minute! Jom belajar bersungguh-sungguh yea!


Okay ! Sampai disini sahaja !!
Byeeeeeeeeeeeee  !!


Sayang semua !! Muahxx :DD



Senyum seindah suria

Monday, January 13, 2014

Dia Kekasih Allah

Assalammualaikum.

Hello peeps. Well, I'm back!





Esok 12 Rabiulawal 1435 Hijrah bersamaan 14 Januari 2014 kan? Sempena ape erk sekolah cuti esok? Tahu tak? Takkan tak tahu kan. Ke korang hanya tahu hooray sana, hooray sini sebab sekolah cuti je? Tapi cuti sebab ape tarak tahu. Aiyoo… Tepuk dada tanya iman la! Alin pasti ramai yang tahu. Saje je nak usik-usik. Hehe. Okay yang mana tak tahu tu meh sini cheq nak habaq mai. Esok cuti sempena Maulidur Rasul la. Salam Maulidur Rasul semua! Alhamdulillah, dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, esok kita semua dapat meraikan sambutan Maulidur Rasul.




Hokay, sedikit perkongsian bersama yang serba ringkas.. Nak tahu lebih lanjut cari kat uncle Google yang encem okay. Banyak artikel yang boleh dibaca. Maulidur Rasul merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah. Detik yang bersejarah. Hari kelahirannya yang ditunggu-tunggu. Rasulullah adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Junjugan kita Nabi Muhammad SAW. Dan jangan lupa ye, sentiasa praktikkan sunnah baginda dan terus menyayangi Rasulullah S.A.W. Banyak jasa baginda Rasullulah S.A.W. dalam menegakkan agama Islam.


Firman Allah : Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)


Semoga kita semua dapat menghayati perjuangan serta menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai suri teladan (role model) dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Dan Alynn juga berharap agar kita semua tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad S.A.W yang mendapat syafaat daripada Baginda.

InsyaAllah.

Jom kita hayati bait-bait lagu Hijjaz- Dia kekasih Allah ^_^
Bila dengar lagu ni hati Alynn dipagut rindu kepada baginda. Nak dengar lagu search kat youtube ye. 


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah



Sekian.
Lots Of Love, 
Alynn.




Senyum seindah suria

Saturday, January 4, 2014

Hanya Gambar Yang Mampu Bercerita.

Assalammualaikum.


Remember that silence is sometimes the best answer.



Kini, mimpiku seminggu yang lalu seakan berubah menjadi realiti.

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita. Aku berlindung kepada-Mu ya Allah,dari sifat lemah. Engkau berikanlah aku sedikit ketabahan untuk semua dugaan Mu ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberiku petunjuk sebelum ianya benar-benar berlaku. Sekurang-kurangnya aku 
sudah bersedia menghadapi dugaan ini.


Dan, Alynn pasti sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasanganya adalah gembira. Sabarlah wahai hati.




Sekian.
Till next entry ya.

Salam Sayang,
Alynn.

Senyum seindah suria

Wednesday, January 1, 2014

Selamat tinggal 2013, Selamat datang 2014 !

Assalammualaikum.



Carian pak cik Google tercinta


Weeewwwiiittttt !

Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk tahun 2014. 2013 telah pun selamat melabuhkan tirainya. Selamat tahun baru sahabat Alynn semua! Syukurlah.. umur pun meningkat satu nombor lagi. If dulu Alynn berumur 16 tahun ..this year 17 tahun. Ya, sudah pun matang. Siapa sangka tahun ni dah SPM.*Ulang. SPM! SPM yang bakal menentukan masa depan weyy!! Gerunnn..


Rasa mcm sekejap je tahun 2013 berlalu kan?? Setahun terasa bagai sebulan, Sebulan terasa bagai seminggu, Seminggu terasa bagai sehari, Sehari terasa bagai sejam, Sejam terasa bagai seminit, Seminit terasa bagai sesaat, dan  Sesaat terasa bagai tidak wujud lagi.*ikut rentak lagu Seperti dulu by Forteen. Hehe. Mungkin inilah salah satu tanda kecil dunia akan menemui ajalnya.*tegang bulu roma. Buat-buatlah taubat Alynn oi, jangan tau buat je. InsyaAllah, tahun ni permulaan baru utk hidup yang baru. Banyak yang nak kene ubah dan tambah.


Tahun 2013 telah memberikan terlampau banyak kisah pahit, manis, sedih, gembira, tawar, masin, kelat semua jenis rasa dalam hidup lah. Okayh perkara yang lepas jangan diingat-ingat lagi, kehidupan harus diteruskan. Audit diri jadi lebih baik.


Jadi, bila tahun baru menjelma mesti sahabat-sahabat Alynn semua pakat-pakat tanam azam baru kan kan kan?? Hah mesti ade jugak azam korang yang tak terlunas di tahun 2013 kan? Samalah kita. Kasi High5 satu kali.  Jadi mesti situasi ni akan berlaku “Tahun baru, Azam recycle”. Bahasa lainnya azam di 'refresh' balik. Jeng, jeng, jeng.. Daripada kita frust menonggeng tak dapat apa yang kita azamkan atau hajatkan pada tahun lalu baik kita refresh balik kan. Betul tak? Sape setuju angkat tangan kanan.. gelek gelek gelek. Angkat tangan kiri, gelek gelek gelek. Satu pesanan dr Mak, nak berhajat boleh, tapi beringat sikit  "walk the talk", jangan hangat-hangat tahi ayam je. *sedarlah diri tu sket . Dan ingat kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.  Alynn percaya sebaik-baik perancangan adalah rancangan yang ditetapkan oleh Allah. Nasihat Alynn, don't lose hope. Eh Alynn, memandai je kau nasihatkan org.. kau hade buat tak?


Alrite untuk tahun 2014 ni, azam yang baru masuk carta azam santapan jiwa Alynn adalah…

haa.. Tadaaaa...

♥ Mematuhi segala perintah-Nya, menjauhi segala Larangan-Nya

♥ Jangan berangan bebanyak sangat

♥ Tidak lagi terbiasa untuk termengumpat, termencarut, termaki, terhamun, terkutuk, termarah..

♥ Berbakti kepada Emak & Abah

♥ Seorang anak solehah, tak nak melawan cakap Emak & Abah

♥ Menjadi seorang kakak dan sahabat yang baik dan caring

♥ Pastikan terselamat drpd masalah pelajar alaf ini, tak lain tak bukan , ehem “Couple”
     yang boleh mengganggu fokus pd  pelajaran Alynn

♥ Patuh pada cikgu-cikgu

♥ Sentiasa berdampingan dengan cikgu-cikgu

♥ Tak nak lagi menangguh-nangguhkan kerja-kerja sekolah

♥ Cemerlang dalam SPM yang bakal tiba

♥ Kurangkan ber”facebook”, ber”blogging”, …..

♥ Mengehadkan waktu di hadapan tv maksimum dua jam sehari

♥ Baca novel diterhadkan sebulan satu novel sahaja.

♥ Belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan rajin mengulangkaji pelajaran

♥ Sentiasa menepati masa dan menepati janji

♥ Ambil lesen motor & kereta



Huh.. lap peluh kejap. Penat menyenaraikan azam-azam yang harus ditunaikan. Rasanya cukuplah sampai situ. Ke nak tambah lagi 2, cukup kan 20! Hah tudiaa.. *entah apa-apa la pemikiran kau Alynn.. ade ke orang lain kesah? Pape pon, I’ll try my best. Yang penting apa yang Alynn nak buat dengan 365 hari yang ALLAH pinjamkan pada tahun ini, sudah selamat disenaraikan dan Alynn harap dapat menggunakan tempoh itu dengan sebaik-baiknya. Sebarang pertambahan akan dilakukan dari masa ke masa mengikut terma dan syarat.


Ingatlah setiap azam perlu diiringi dengan usaha. Dan jangan lupa, kena sentiasa bersemangat dan tak kenal erti mengalah. Tetapkan hati. Kerana kekuatan sebenar terletak pada hati.



Semoga tahun 2014 ini, membawa lebih berkat, rahmat dan ketenangan dalam hati Alynn dan awak-awak semua, sekaligus dapat mencipta sesuatu yang fantastik, dapat berbakti pada ibu bapa dengan kejayaan yang kita kecapi dan sentiasa berbuat lebih baik untuk kebaikan dunia dan akhirat agar sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang di mataNya. Amin ya Allah.  




Ok sampai sini dulu,
Nanti Alynn update lagi :)

Much love,
♥ Nurshafiqah Azlin Bt Idris ♥





Senyum seindah suria

 

Designed By Izza sakura