Assalammualaikum.
Olla Olli Cikebum Cikebum..
Hai. Cuti sekolah ni korang tak pegi mana-mana ke? Balik
kampung ke? Yang mana calon SPM 2014
mesti tengah study gila-gila kan. Pergi tuisyen , cikgu buat kelas tambahan
lah, yerla nak dapat result yang cemerlang ++mantop sekaligus untuk memecahkan rekod cemerlang Nik Nur Madihah mestilah kena buat preparation awal kan ?
Tapi Alynn tak buat cam gitu pon. *eceh. Alynn balik kampung lagi adalah, nak
lepaskan rindu kat Tok Wan, Opah, Mak Dak, Dek Lan, Pak Long, Mak Long, K. Ain,
Abg. Rin, K. Na, K. Tehah, Mamat dan last sekali budak comot sorang ni, Nurul
Hidayah. *amik kau semua Alynn
senaraikan. Takut ade yang kecil hati plak bila tak disenaraikan.
Balik kampung kali ni bukan dgn satu family tp Alynn balik
dengan adik naik bas. Balik kampung hari tue 28.11 dan dijangka balik ke
Selayang tolak tambah darab bahagi .. hurmm.. 20.12 kot. *senyum senget .
Sahabatku yang tersayang Sayyidah Shahirah sabar ye menanti kepulangan diriku.
Sejak duk kampung ni boleh kata dalam seminggu 3 kali OTP dgn dia. Sekali OTP
maksimum 1 jam.. paling sekejap pon ½ jam. Dah macam couple plak.*ehem. Maaf
Farihin, Alynn pinjam Ieda kejap. Hehe. Time OTP kitaorg, lepas habis cerita
PISA (Playboy Itu Suami Aku). Mesti korang tertanya sebab apa lepas cerita tue
plak kan? Sebab dan musababnya ialah Miszt Ieda dan Miszt Alynn ni suka
mengkritik apa sahaja yang tak kena dalam drama tue. Lagak kami dah macam pengarah tau. Kejap
sekepala, kejap tak. Alih-alih kami sepakat setuju juga apa yang pengarah
sebenar buat. Memang tu pon sepatutnya
dari awal.
Eh, sebelum Alynn melalut lebih jauh.. Alynn nak ucapkan
bebanyak terima kasih kat Kak Maz sebab sudi buat blog Alynn ni. Blog dah lama
siap tapi disebabkan internet buat hal jd terpaksalah Alynn menangguhkan hasrat
utk buat entry. Berhabuk sudah belog Alynn ni. So hari ni dapat peluang update
my 1st entry. Ho ho ho.. agak excited ++ terharu gitu.. Hai hai Dunia Blogging.
Yahoo!!
Okay direct to the point. See the title. Indahnya Kampungku.
Hah dah alang-alang balik kampung lama ni. Alynn dengan sepupu-sepupu yang lain
pergi jalan-jalan kat sawah padi. Sambil jalan, gossip-gosip sket. Opss!! Almaklumlah bila lama tak jumpa mesti banyak
cerita kann.. Sampai kat sawah, diriku jakun sekejap. Selama ni lalu je. Kali
ni betul-betul berada kat sawah. Ya Allah adakah aku bermimpi. Jika aku
bermimpi kejutkanlah diriku. Ahaks !!
Tengok kanan, sawah. Tengok kiri, sawah. Sejuk mata
memandang. Sawah padi terbentang luas, damai melihatnya. Ahhhh...memang tenang
dan mendamaikan..
Ni time OTW pegi sawah. Dah macam orang berkawad lagaknya. Dek Lan yang depan skali jadi Komandan. |
Aksi keterujaan yang melampau. Tengah jalan woi. Langgar dek kereta sia-sia je. |
Ini bukan orang-orang kat sawah tu ye. Harap maklum. Hehe. |
Petang yang Alynn pergi sawah tu, kakak sedara Alynn yang
kembar, Kak Na dan Kak Tehah baru je habis SPM ptg tu. Dorang balik dari
sekolah pukul 5. Tukar baju terus pegi sawah. Ape lagi, sampai je kat sawah
dorang jerit ..Merdeka ! Merdeka! Merdeka!
Kami dah bebas! Laungan yang menggambarkan mereka telah pun tamat zaman
persekolahan. Alynn pon jerit juga.. “Aku calon SPM 2014. Tak sabarnya nak
pergi sekolah. Aku akan jadi senior.” Dalam hati “Adakah aku sudah bersedia
untuk SPM? Bagaimana kalau aku menghampakan kedua ibu bapaku” dan beberapa lagi
persoalan yang bermain di benak fikiranku. Arghhh!!
Aaaaaaaaaaaahhhh!!!! |
Hari dah pon senja. Masa berjalan begitu cepat. Rasa tak
puas jalan-jalan kat sawah. Jadi keesokkan harinya kami pegi lagi kat sawah
untuk kali kedua. Jom tgk gambar-gambar hari kedua pulak. Cikidaud!
Amboi Nurul ngan Abg Ngah. Sakan ye korang. |
Cantik sangat view belakang tu. Siap ade kabus lagi kat bukit tu. Time Alynn pegi ni baru lepas hujan. |
Kalau tengok drama kan banyak shoot kat sawah. Masa tu
teringin gila nak pergi. Padahal kampung memang ada sawah tapi tak
berkesempatan. Pastu bila part lari-lari , kejar mengejar kat sawah tu memang
betul2 melonjakkan lagi keinginan Alynn nak pegi sawah. Pengaruh drama. Bajet
Ombak Rindu dan Nur Kasih gitu. Haha. Hakikatnya Alynn jalan slow-slow je bila
pergi dekat sawah. Sekali jatuh memang tak rela lah. Pacat tak pe lagi. Cuma
darah manis Alynn je lah yang dia sedut. Kalau
lumpur kat muka, baju dan seumpama
dengannya. Aduishh tak balik rumah lah gamaknya. Dah lah OTW nak balik rumah
kena lintas rumah orang dgn kedai makan lagi. Hmmm..
Okay hari dah senja , tiba masanya untuk kita berangkat pulang. Bai bai. |
Macam cantik je, macam comel je.. Subhanallah. Indahnya
ciptaan-Nya. Tenang dan mendamaikan jiwa. Rasa jauh dari hiruk pikuk kota yang
berserabut. Bila kat sini ketenangan tercipta indah dan perasaan tak tergambar walau pun ada gambar. Hehe. Hilang sekejap stress Alynn. Kepada
kawan-kawan yang ingin merasai kedamaian, ketenangan bolehlah pergi ke sawah.
Ia sememangnya tempat yang boleh menenangkan jiwa korang. Okaylah. Kita jumpa lagi ye dalam entry yang
lain. Sampai jumpa lagi..
Tata Titi Tutu..
2 comments:
Post yg menarik harap boleh tengok post n gambar yang lain
Tenkiu Along. InsyaAllah.
Post a Comment