Assalammualaikum.
Sedar tak sedar, cuti sekolah sudah hampir ke penghujungnya.
Alynn pun sebenarnya tidak berapa nak perasan sangat yang hari persekolahan dah
dekat. Tak puas lagi bercuti. Debaran didada semakin laju bila nak masuk thn 2014
ni. Takut. Tensen. Tidakkkk!! Argh dem. Mesti sahabat Alynn tahu kan sebab apa.
Kalau tak tau, sila buat tak tahu. Hurm bila musim cuti sekolah ni, ramai yang
rebut peluang nak buat kenduri kahwin. Sepanjang cuti sekolah ni banyak jugalah
Alynn pergi kenduri kahwin. Masa kat kampung, lebih kurang 2 majlis Alynn
attend. Dah ade org sudi nak bawa, Alynn mengekor je lah. Hehe. Bak kata orang
tua-tua.. kalau orang jemput pergi majlis kahwin kena datang, if tak datang nanti
majlis kita takde siapa nak datang.*amboi Alynn kemain gatal eh kau. :-)
Haritu masa 22.12.2013, berlangsunglah Reception kakak
Emelyn iaitu kak Zarith & pasangannya Zarul. Beberapa hari sebelum tu lagi
si Mel dah call Alynn untuk suruh Alynn
tolong bagi doorgift kat tetamu yang hadir. Masa Mel call Alynn masih kat
kampung. Mula-mula teragak-agak juga nak terima permintaan Mel sbb Alynn tak
sure lagi balik Selayang bila. Bila dah ambil tiket bas, baru Alynn confirmkan
balik dgn dia yang Alynn boleh datang ke wedding tu. Tapi memang haruslah Alynn
hadirkan diri ke wedding tu, sebabnya nak lepaskan rindu pada kawan-kawan. Rindu ooohh. Sejak cuti sekolah ni tak pernah lagi kitaorg jumpa. Jadi bila dah pergi majlis
cenggini ade jugalah peluang nak jumpa kawan-kawan sebelum hari persekolahan tiba.
Tak lama dah. Dalam seminggu je lagi. T T
Alynn pergi rumah Mel dlm pukul 11.30 tghari. Pergi dengan
Nadia & Sayyidah. Jalan kaki dari bus stop Selayang Mall. Rumah Mel depan
SM tu aje. Dekat bebenor. Cuma ade satu halangan dan rintangan yang Alynn takut
bila lalu kt kwsn perumahan rumah Mel ni, ape mende lagi Anjing lahh. Binatang
sekor ni, duk dalam rumah tp dia punya menyalak tu mcm duk kat belakang kitaorg.
Buat kami gerun je. Terkezutt plus takutt tau!
Tema wedding ni yellow & navy
blue. Cantik sangat. Jarang jumpa tema mcm ni. Selalunya wedding yang Alynn
pergi tema pepel, merah, pink, ataupun yg soft colour. Hah yg paling penting
makanan sodapp.. Mabeles! Haishh makin meriah lah kilang lemak Alynn nih... Dikala
perut sudah kelaparan dan berkeriut minta diisi, apa yang hanya mampu dibuat adalah
makanan terus ke mulut. Jadi gambar makanan tidak sempat diambil. Habis baru
teringat lupa amik gambar. Haha. Yerla sibuk duk bg doorgift kat tetamu lagi. Makan ni pun kami bertiga gilir-gilir.
Takut pula bila tiga-tiga org makan sape yang nak bagi doorgift kat
tetamu.
|
Cuaca hari tu pun sangat baik. Tak panas sangat. |
|
Kak Zarith dan suami memang sangat sepadan bagai pinang di belah dua gitu. |
|
Pelamin dorang cantik sangat. Takde sarat-sarat. Sweet dan
simple kan. Double like.
|
|
Persis Mia Sara Nasuha. Macam cantik je, macam comel je. |
Yang lain-lain ni gamba kitorang je lebih yela tak dapat nak
tangkap gamba pengantin banyak sebab kitorang dok sibuk bagi doorgift.
|
Cerianya mereka berdua. Kiri-Nadia, Kanan- Sayyidah. |
|
Sahabatku Shayang..Mira, Sayyidah, Farah, Atiyah.
|
|
Atiyah & Emelyn. Senyuman yang manis dan ayu. |
|
♥ Doorgift ♥ |
|
Kami bertiga lah yang tolong bagi doorgift kat tetamu. Merah kau Alynn. Kelass..
Sepatutnya 5 orang, tp 2 org lagi tak dapat dtg saat2 akhir.. dan dorang tu kena pakai baju merah. Makanya Alynn sorang lah yang pakai bju warna merah..hurmm |
|
Alynn & Emelyn |
|
Sesi posing2 depan pelamin pengantin. Haha. |
|
Bergambar dengan pengantin perempuan. |
Tengok keterujaan kitorang yang tak terhingga dan tak boleh disangkal lagi. Last-last pelamin tu kami buat macam pelamin sendiri. Banyak kali naik pelamin bergambar dengan pengantin. Sabar je lahh..
|
Peace yaww. :-) |
Okay sampai sini dulu entry kali ni. Jumpa lagi dilain entry ye cyunk2 semua. Baibai. Assalammualaikum.
Senyum seindah suria
No comments:
Post a Comment