Assalammualaikum.
Hye semua ^_^
Tak tahu kenapa hari ni tiba-tiba mood malas
semalas-malasnya gila nak mati.*wowowo.. ‘virus’ bahaya bahaya!! Situasi ini
berkemungkinan besar kerana Alynn tersangat-sangat penat, letih, lemah dan
lesu. (sambil buat muka kesian). Akal yang waras berkata, 'Rehatlah Alynn oi!' Aduhaiiii...Kerja
lain takleh buat, semua jadi tak kena tapi hadap blog boleh pulak. Hairan bin
Ajaib!
Ehsan google. :> |
Oleh sebab minggu ni sekolah cuti sempena Thaipusam selama 3
hari - Jumaat, Sabtu dan Ahad maka dengan rasa bangganya sikap malas telah mula
bermaharajalela dalam diri. (Wah wah Alynn) Maka… apabila diri ini sudah
bertemu jodoh dengan si TilamBantal yang terlintas di fikiran adalah untuk
sambung ZzzZzz…tidur hingga tengah hari. Anak dara sape yang teruk
sangat ni? Terlintas hokayy, tak buat pon. Berani nak buat camtu? Memang taklah
kann!
Dah dah sambung cite balik. Mula lah Alynn dengan merepek
meraban dia. Aiyoo. Tubuhku sudah mula
berbicara minta direhatkan. Hentikan segala aktiviti yang memerlukan kerjasama
dari tubuh yang dikatakan kurus oleh org lain tapi tidak bagi Alynn. Dah
demokk, dah bambam. Tapi apakan daya apabila tuan empunya badan terlalu busy
jadi permintaan itu terpaksa diabaikan tanpa kerelaan hati. Sungguhlah tuan
empunya badan juga terlalu letih dan nak rehat.
Serius, Alynn cakap form 5 memenatkan. Tiada lagi erti
kerehatan yang mencukupi dan yang penting,homework berlambak lambak, terbengkalai
macam bangunan tidak siap yang tiada penghujungnya . Hancuss!! Baru sekolah
dalam 10 hari dah kena buli camni. Sob sob sob. Alahai nasib nasib. Satu lagi
sikap yang semakin menebal dalam diri Alynn sekarang adalah.. Sikap suka
menangguh. Waduh waduh enggak bisa diatur.. Realiti hidup seorang pelajar yang
suka tangguh kerja… "Alaa rilex la dulu, lambat lagi hantar, main pesbuk dulu" , "Malas la", "Sekejap jer tu", "Nantilah", "Kejaplah!" dan banyak lagi dialog jahat dlm
pemikiran yang sering kita ungkapkan. Ramai
antara kita, suka mengamalkan sikap bertangguh. Betul tak? Akhirnya, kerja yang
bertangguh membawa padah. --SERABUT-- Memang
patutlah mak sentiasa membebel je kat Alynn dengan perangai Alynn cenggini. Haha
yeah well me. Konon nya matlamat nak jadi anak solehah tapi tengoklah dengan
perangai Alynn. Wargh tension nya. Jadi, untuk hari yang mendatang Alynn akan
cuba ubah slow slow sikap ni. Tak moh
dah tangguh menangguh. Menangis tak berlagu ohh!! "Kau sedar tak, kau nak
SPM??!" jangan berlagak macam bagus
walhal kau tak bagus pun!! (dialog yang sering muncul dalam otak Alynn).
p/s: Jangan terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat
yang terdapat di dalam entri ini. Buat kerja jangan bertangguh, nanti seksa
diri. Dan jangan buat kerja last minute! Jom belajar bersungguh-sungguh yea!
Okay ! Sampai disini sahaja !!
Byeeeeeeeeeeeee !!
Sayang semua !! Muahxx :DD
No comments:
Post a Comment