Weeewwwiiittttt !
Pejam celik pejam celik, hari ni dah masuk tahun 2014. 2013
telah pun selamat melabuhkan tirainya. Selamat tahun baru sahabat Alynn semua! Syukurlah..
umur pun meningkat satu nombor lagi. If dulu Alynn berumur 16 tahun ..this year
17 tahun. Ya, sudah pun matang. Siapa sangka tahun ni dah SPM.*Ulang. SPM! SPM yang
bakal menentukan masa depan weyy!! Gerunnn..
Rasa mcm sekejap je tahun 2013 berlalu kan?? Setahun terasa
bagai sebulan, Sebulan terasa bagai seminggu, Seminggu terasa bagai sehari, Sehari
terasa bagai sejam, Sejam terasa bagai seminit, Seminit terasa bagai sesaat,
dan Sesaat terasa bagai tidak wujud
lagi.*ikut rentak lagu Seperti dulu by Forteen. Hehe. Mungkin inilah salah satu
tanda kecil dunia akan menemui ajalnya.*tegang bulu roma. Buat-buatlah taubat
Alynn oi, jangan tau buat je. InsyaAllah, tahun ni permulaan baru utk hidup
yang baru. Banyak yang nak kene ubah dan tambah.
Tahun 2013 telah memberikan terlampau banyak kisah pahit,
manis, sedih, gembira, tawar, masin, kelat semua jenis rasa dalam hidup lah. Okayh
perkara yang lepas jangan diingat-ingat lagi, kehidupan harus diteruskan. Audit
diri jadi lebih baik.
Jadi, bila tahun baru menjelma mesti sahabat-sahabat
Alynn semua pakat-pakat tanam azam baru kan kan kan?? Hah mesti ade jugak azam
korang yang tak terlunas di tahun 2013 kan? Samalah kita. Kasi High5 satu
kali. Jadi mesti situasi ni akan berlaku
“Tahun baru, Azam recycle”. Bahasa lainnya azam di 'refresh' balik. Jeng, jeng,
jeng.. Daripada kita frust menonggeng tak dapat apa yang kita azamkan atau
hajatkan pada tahun lalu baik kita refresh balik kan. Betul tak? Sape setuju
angkat tangan kanan.. gelek gelek gelek. Angkat tangan kiri, gelek gelek gelek.
Satu pesanan dr Mak, nak berhajat boleh, tapi beringat sikit "walk the talk", jangan
hangat-hangat tahi ayam je. *sedarlah diri tu sket . Dan ingat kita hanya mampu
merancang, Allah yang menentukan. Alynn
percaya sebaik-baik perancangan adalah rancangan yang ditetapkan oleh Allah. Nasihat
Alynn, don't lose hope. Eh Alynn, memandai je kau nasihatkan org.. kau hade buat
tak?
Alrite untuk tahun 2014 ni, azam yang baru masuk carta azam santapan
jiwa Alynn adalah…
haa.. Tadaaaa...
♥ Mematuhi
segala perintah-Nya, menjauhi segala Larangan-Nya
♥ Jangan
berangan bebanyak sangat
♥ Tidak
lagi terbiasa untuk termengumpat, termencarut, termaki, terhamun, terkutuk, termarah..
♥ Berbakti
kepada Emak & Abah
♥ Seorang
anak solehah, tak nak melawan cakap Emak & Abah
♥ Menjadi
seorang kakak dan sahabat yang baik dan caring
♥ Pastikan
terselamat drpd masalah pelajar alaf ini, tak lain tak bukan , ehem “Couple”
yang boleh mengganggu
fokus pd pelajaran Alynn
♥ Patuh
pada cikgu-cikgu
♥ Sentiasa
berdampingan dengan cikgu-cikgu
♥ Tak
nak lagi menangguh-nangguhkan kerja-kerja sekolah
♥ Cemerlang
dalam SPM yang bakal tiba
♥ Kurangkan
ber”facebook”, ber”blogging”, …..
♥ Mengehadkan
waktu di hadapan tv maksimum dua jam sehari
♥ Baca
novel diterhadkan sebulan satu novel sahaja.
♥ Belajar
dengan lebih bersungguh-sungguh dan rajin mengulangkaji pelajaran
♥ Sentiasa
menepati masa dan menepati janji
♥ Ambil
lesen motor & kereta
Huh.. lap peluh kejap. Penat menyenaraikan azam-azam yang
harus ditunaikan. Rasanya cukuplah sampai situ. Ke nak tambah lagi 2, cukup kan
20! Hah tudiaa.. *entah apa-apa la pemikiran kau Alynn.. ade ke orang lain
kesah? Pape pon, I’ll try my best. Yang penting apa yang Alynn nak buat dengan
365 hari yang ALLAH pinjamkan pada tahun ini, sudah selamat disenaraikan dan
Alynn harap dapat menggunakan tempoh itu dengan sebaik-baiknya. Sebarang
pertambahan akan dilakukan dari masa ke masa mengikut terma dan syarat.
Ingatlah setiap azam perlu diiringi dengan usaha. Dan jangan
lupa, kena sentiasa bersemangat dan tak kenal erti mengalah. Tetapkan hati. Kerana
kekuatan sebenar terletak pada hati.
Semoga tahun 2014 ini, membawa lebih
berkat, rahmat dan ketenangan dalam hati Alynn dan awak-awak semua, sekaligus dapat mencipta sesuatu yang fantastik, dapat berbakti pada ibu bapa dengan
kejayaan yang kita kecapi dan sentiasa
berbuat lebih baik untuk kebaikan dunia dan akhirat agar sentiasa cemerlang,
gemilang dan terbilang di mataNya. Amin ya Allah.
Ok sampai sini dulu,
Nanti Alynn update lagi :)
Much love,
♥
Nurshafiqah Azlin Bt Idris ♥
2 comments:
bgos bgos kalau ade salah silap nnti aq tegur ko aq pon sme kalo ade salah silap jgn segan segan tegur aq hehe :) tpi aq X amik spm tros diploma hehe gudluck Alynn
Sama-samalah kita perbaiki diri kearah yang lebih baik. Tegur lah Alynn yang sememangnya bnyk kealpaan.Tengs Jalal.
Post a Comment